Review Casa Rachado Beach Resort Port Dickson

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Casa Rachado Beach Resort Port Dickson
pintu masuk Casa Rachado Beach Resort Port Dickson

Seperti entry sebelum ini yang mana Sop telah berada di Casa Rachado Beach Resort Port Dickson, Negeri Sembilan untuk 3 hari 2 malam belum sempat untuk berkongsi review mengenai hotel ini.

Ini adalah kali pertama Sop berada di Casa Rachado Beach Resort Port Dickson, Negeri Sembilan. Anda pernah?

Hotel yang mempunyai keunikkan tersendiri dan dulu-dulu mungkin Casa Rachado Beach Resort Port Dickson antara hotel yang hebat berdasarkan perabot dan bangunan yang tersedia ada. Tetapi sekarang kelihatan makin kurang serinya kerana kekurang jagaan atau pemuliharaan.

Sop suka dengan hiasan dan design bilik hotel Casa Rachado Beach Resort Port Dickson ini kerana ia agak klasik. Perabot yang digunakan adalah jenis kayu ringkas dengan warna terang. Ada ciri-ciri hotel klasik yang mana boleh didapati di luar negara.

Bilik Casa Rachado Beach Resort Port Dickson ialah jenis apartment 3 bilik lengkap dengan bilik air dan ruang dapur. Ruang bilik hotel cukup selesa dengan ada balkoni untuk permandangan yang menarik. Jika datang 1 keluarga memang tiada masalah :)

Beberapa kemudahan lain turut disediakan kepada kepada pengunjung seperti kolam, padang bola, pusat riadah dan rekreasi dan pusat karaoke ada disediakan. WiFi ada disediakan tetapi talian kurang memuaskan. Network penuh hanya di lobi dan bilik mesyuarat (dewan) tetapi masih perlahan.

Kawasan pantai hotel juga menarik kerana ia berada berhampiran hotel. Bangku kayu dan tempat membakar ada disediakan. Aktiviti seperti sukaneka, acara air dan lain-lain boleh diadakan di tepi pantai.

Kenapa agaknya Casa Rachado Beach Resort Port Dickson kurang mendapat perhatian dan semakin suram?
Pada pandangan Sop, ia kurang mendapat sambutan kerana seperti berikut:

  • Ruang parking jauh dari blok hotel. Parking juga adalah terhad. Jika hujan, pasti masalah kerana sukar untuk ke bangunan hotel
  • Laluan ke hotel kurang mesra pengguna dan OKU. Dari luar hendak ke bilik perlu menaiki tangga dan turun tangga. Dari parking telah jauh, hendak naik tangga lagi?
  • Penyelenggaraan kurang memuaskan. Hotel kurang bersih dan banyak peralatan tidak dijaga baik.
  • Persaingan hotel-hotel baru yang lebih selesa dan cantik
  • Makanan yang disediakan hanya biasa-biasa sahaja
Pihak Casa Rachado Beach Resort Port Dickson seharusnya peka dengan kehendak pengunjung. Pengunjung perlukan keselesaan dan kemudahan yang memuaskan. Nama pun bercuti, mesti inginkan suasana rehat yang menarik, bukan? Hehehehe

Kepada yang ingin mencari kelainan, Casa Rachado Beach Resort Port Dickson boleh untuk dicuba. Ia terletak berhampiran dengan Tanjung Biru Port Dickson.

Galeri gambar:

Casa Rachado Beach Resort Port Dickson
Ruang tamu

Casa Rachado Beach Resort Port Dickson
meja makeup

Casa Rachado Beach Resort Port Dickson
side table

Casa Rachado Beach Resort Port Dickson
bilik air bilik utama

Casa Rachado Beach Resort Port Dickson
bilik utama

Casa Rachado Beach Resort Port Dickson
dapur

Casa Rachado Beach Resort Port Dickson
bilik air ke dua

bilik ke 2

Casa Rachado Beach Resort Port Dickson
warna yang ceria

Casa Rachado Beach Resort Port Dickson
langsir dan dinding ceria kan?

Casa Rachado Beach Resort Port Dickson
tidak boleh masak

Casa Rachado Beach Resort Port Dickson
TV dengan siaran biasa. Siaran tidak cantik juga

Casa Rachado Beach Resort Port Dickson
Ruang tamu

Casa Rachado Beach Resort Port Dickson
Permandangan dari balkoni

Casa Rachado Beach Resort Port Dickson
lantai yang kasar

Casa Rachado Beach Resort Port Dickson
telefon tidak berfungsi... ada sahaja

Casa Rachado Beach Resort Port Dickson
hiasa dinding

Casa Rachado Beach Resort Port Dickson
kerusi meja makan

Casa Rachado Beach Resort Port Dickson
pintu bilik

Casa Rachado Beach Resort Port Dickson
bangunan hotel

Casa Rachado Beach Resort Port Dickson
Pantai hotel

Casa Rachado Beach Resort Port Dickson
Kolam dan bangunan hotel 2

Casa Rachado Beach Resort Port Dickson
banguan dewan dan reception

Casa Rachado Beach Resort Port Dickson
kolam yang luas juga

Casa Rachado Beach Resort Port Dickson
pintu masuk reception

Casa Rachado Beach Resort Port Dickson
padang bola

Casa Rachado Beach Resort Port Dickson
Reception dan lobi

Casa Rachado Beach Resort Port Dickson
ruang makan

Casa Rachado Beach Resort Port Dickson
buffet hanya menu sederhana

Previous
Next Post »