Baby Auni bersarapan roti canai

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Hampir sebijik roti canai dimasukkan ke mulut!
Dalam Segmen Tanya Anda, Sop ada bertanya tentang sarapan kegemaran rakan-rakan. Macam-macam menu yang Sop dapat tahu. Ingin tahu apa kegemaran sarapan Baby Auni pula?

Baby Auni suka makan roti canai! Biar betul?
Tipu ajer... Baby Auni mana boleh makan lagi? Baru sahaja ajar makan bijirin dan nestum. Itu pun dia masih kurang reti makan benda yang sedikit keras.

Kejadian berlaku pagi tadi semasa bersarapan, Baby Auni telah menyambar roti canai yang sedang Sop makan dan terus masuk mulut. Baby Auni sekarang ini semua benda dimasuk mulut untuk merasa. Oleh kerana hendak bagi merasa keenakkan roti canai, Sop biarkan sahaja dan aksi tersebut dapat dirakam oleh Mrs Sop.

Agaknya besar nanti mesti suka sarapan roti canai juga bukan? Hehehe
Previous
Next Post »