Sarapan apa kegemaran anda?

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Pengambilan sarapan adalah sangat penting untuk bekalan tenaga sepanjang hari. Tanpa bersarapan, kita mungkin lemah, mengantuk dan sebagainya.

Jika kesilapan mengambil menu sarapan juga boleh beri kesan negatif seperti masalah obesiti, perut meragam, mengantuk dan sebagainya.

Menu sarapan digemari oleh kita adalah berbeza kerana perbezaan persekitaran, budaya dan didikan. Oleh sebab itu ada yang suka makan berat semasa sarapan, ada yang tidak suka bersarapan dan ada yang bersarapan secara ringan.

Apa menu menjadi kegemaran anda bersarapan?
Previous
Next Post »