The Cube Mengembalikan Memori Hari Raya Aidilfitri

Selamat sejahtera dan salam Ramadhan kepada semua rakan.

Hari Raya Aidilfitri semakin hampir dan ramai yang mula merasai kemeriahannya. Lagu-lagu Raya mula berkumandang di radio, TV dan juga telefon bimbit. Menjadi amalan semua pengguna telefon bimbit untuk menggunakan muzik hari Raya untuk menambahkan lagi perasaan ingin menyambut hari Raya.

Dalam entry Ramadan dan Raya dengan The Cube sebelum ini telah dikongsikan tips-tips menyambut Ramadan dan Raya. Antara tips yang paling mendapat perhatian ialah mendengar lagu-lagu Raya. Perasaan pasti gembira mendengar lagu raya terutama berbentuk 'evergreen'.

D.J. Dave (3rd from left) and Afizulazha Abdullah, Chief Operations, Advanced Data for Celcom Axiata Berhad (3rd from right) celebrate the release of the exclusive Menjelang Hari Raya remix together with the team from The Cube.
Antara lagu 'evergreen' yang pasti mengamit memori pendengar ialah Menjelang Hari Raya. Lagu asal Menjelang Hari Raya telah dinyanyikan oleh Datuk Irwan Shah Abdullah pada tahun 1979. Sehingga kini, lagu tersebut terus menjadi lagu pilihan semua golongan pendengar. Kenal Datuk Irwan Shah Abdullah? Kenal dengan D.J. Dave? Datuk Irwan Shah Abdullah ialah D.J. Dave :)

Setelah 35 tahun lagu Menjelang Hari Raya diperdengarkan setiap tahun apabila Raya Aidilfitri tiba akhirnya The Cube dengan kerjasama D.J. Dave telah memodenkan lagu tersebut untuk cita rasa remaja-remaja dengan muzik terkini.  Menjelang Hari Raya (CUBE Mix) telah dikeluarkan oleh The Cube dalam ruangan Musicube dan Call Me Tones. Ini kerana rata-rata pengguna The Cube adalah terdiri daripada remaja generasi baru. Selain dari lagu Raya moden, The Cube menyediakan lagu-lagu Raya Asal / Klasik seperti Dendang Perantau, Suasana Hari Raya dan Selamat Hari Raya.

Tekan play untuk mendengar lagu Menjelang Hari Raya (CUBE Mix):


Berminat untuk muat turun lagi Menjelang Hari Raya atau lagu-lagu raya lain? Sila lawat http://www.thecube.my/mdp/promo_syawal.jsp

DJ Dave (left) indulges in an impromptu performance of the Menjelang Hari Raya song while Afizulazha Abdullah, Chief Operations, Advanced Data for Celcom Axiata Berhad (2nd from right) listens on The Cube.
Lagu Menjelang Hari Raya (CUBE Mix) adalah sebahagian daripada Promosi Nur Ramadan dan Salam Syawal di The Cube untuk memastikan pengguna The Cube menyambut perayaan tahun ini dengan lebih meriah. Untuk memeriahkan lagi Raya tahun ini, The Cube menyediakan Promosi 7 Likur yang bermula 12 hingga 19  Ogos 2012. Selaras dengan itu, peraduan juga diadakan dengan tawaran hadiah seperti Pakej Umrah, Duit Raya RM1,500 setiap hari.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi The Cube, sila lawat www.thecube.my.
Pelanggan Celcom boleh akses terus ke The Cube dengan mendail *888#.
Previous
Next Post »