Ramadan dan Raya dengan The Cube

Selamat Hari RayaRamadan sedang dilalui dan Raya Aidilfitri kini menanti. Tidak lama lagi semua umat Islam akan menyambut Syawal iaitu Hari Raya Aidilfitri. Sebelum Hari Raya Aidilfitri, kemeriahan Ramadan telah dirasai dengan menu berbuka puasa, berbuka bersama keluarga, sanak saudara dan rakan serta pasar Ramadan yang sentiasa meriah dengan jualan pelbagai jenis makanan.

Ingin menjadikan Ramadan dan Raya tahun ini lebih meriah?
Ikuti tips-tips berikut untuk menjadikan Ramadan dan raya anda lebih bermakna.

1. Mendengar lagu Raya
Lagu-lagu Raya pasti memberi rasa kemeriahan sambutan Raya. Jiwa pasti terusik dengan mendengar lirik dan alunan lagu-lagu Raya tersebut. Jika lagu-lagu nostagia seperti berkumandang seperti "Balik Kampung", "Selamat Hari Raya" dan "Menjelang Hari Raya" pasti jiwa kita akan merasakan suasana Raya akan disambut. Musicube ada menyediakan lagu Raya baru dan lama untuk anda.

2. Belajar menjadi lebih baik
Setiap hari kita akan berusaha menjadi lebih baik. Jika sebelum ini, kita jarang ke masjid, di Ramadan kali ini kita akan lebih banyak sertai aktiviti masjid. Tahun ini juga kita boleh belajar dan mencuba sesuatu yang baru seperti buat kuih raya resepi baru, masakan baru dan sebagainya. Perbaiki kelemahan diri bukan sahaja untuk keluarga tercinta tetapi untuk diri sendiri juga. Sertai Lifecube untuk mendapat maklumat tentang panduan hidup terbaik.

3. Mengeratkan hubungan silatulrahim
Di bulan Ramadan kita diminta berbuat baik dan mengukuhkan hubungan bersama masyarakat. Hubungan yang erat ini akan berterusan dan sentiasa bertambah setiap hari. Jika belum lagi mulakan, Ramadan dan Raya ini adalah masa yang terbaik untuk mengeratkan hubungan semasa kita. Pastikan anda menjemput rakan taulan dan jiran tetangga untuk beraya. Kita juga digalakkan untuk menziarah menziarahi antara satu sama lain. Jangan lupa untuk bergambar kenang-kenangan. Pasti meriah bukan? Tambah kenalan dengan sertai Frencube untuk lebih kenalan beraya.

4. Buka telinga, minda dan hati
Ramadan kali ini pastikan kita banyak berzikir. Pahala yang berganda pasti memberi ganjaran yang besar kepada Umat Islam. Di hari Raya, takbir akan berkumandang dan pasti akan memberi kesan kepada kita jika menghayatinya. Buka hati dan ceriakan hari anda dengan menyambut penuh kegembiraan. Hayati hari Raya dengan menyambut penuh keceriaan. Cube Radio pasti menceriakan kehidupan seharian anda.

5. Tunjukan kasih sayang anda
Ramadan dan Raya lebih istimewa bersama dengan orang yang tersayang. Bagi perantau, ibubapa dan keluarga pasti menjadi tumpuan utama untuk beraya. Bagi yang jauh, ucapan disampaikan tanda pengganti diri, bagi yang dekat ziarah menziarahi dan saling memohon kemaafan. Pesanan ringkas boleh menjadi pengganti kepada kad raya dengan kadar lebih murah dan cepat. Hantar Fun Talk messages, Fun Talk Dedications dan Voice Pokes kepada mereka yang tersayang.

6. Dapatkan semuanya di atas dengan The Cube
Tips 1 hingga 5 di atas boleh diperolehi dengan The Cube. Sila lawat www.thecube.my untuk menjadikan Ramadan dan Raya anda lebih meriah. The Cube menyediakan pelbagai konten yang sesuai untuk perayaan anda kali ini.
Hadiah

The Cube juga menyediakan peraduan yang menyediakan Hadiah Duit Raya dan Umarah serta Ziarah kepada pemenang. Maklumat lanjut, sila lawat http://www.thecube.my

Selamat Hari Raya
Kenangan Raya 2011. Tahun 2012? Nantikan :)

Previous
Next Post »