Kad Raya oleh DuniaShida.com

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Salam Syawal!

Semalam Sop telah menerima kad Raya kedua oleh blogger Shida selepas kad Raya oleh Azfar.

Kad Raya Shida
Kad Raya Shida
Ramai juga blogger yang membuat printing kad raya tahun ini. Tahniah kerana bukan semua mampu buat kad raya sendiri. Sop juga bercadang hendak buat tetapi tidak kesempatan. Banyak pula urusan Ramadhan tahun  ini. Mungkin tahun depan boleh buat juga :)

Kepada Shida, Sop ucapkan terima kasih atas kiriman kad raya tersebut. Tidak sempat hendak balas kad raya tersebut walaupun tiada pantun "Pecah kaca, pecah gelas, Sudah baca harap balas" kerana telah menjadi amalan, setiap kiriman perlu di balas, bukan? Sop balas Raya tahun depan yer? {sengih kerang busuk}

Sop balas kat sini sahaja lah yer Shida.
"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin"

Nota kaki: Malam nanti baru publish entry ucapan Selamat Hari Raya dalam blog dan Facebook :)
Previous
Next Post »