17 August 2012

Kad Raya daripada Azfar

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu.

Banyak menerima kad raya tahun ini?
Sop belum lagi menerima kad raya untuk tahun ini dan kad raya dari Azfar ini adalah yang pertama. Setiap tahun, guru pra akan membantu murid untuk membuat kad raya.

Tahun ini kad raya kreatif kerana ada tampal-tampal :)

Sop sendiri tidak menghantar kad raya kepada sanak-saudara dan rakan-rakan. Pada awal Ramadan Sop agak sibuk dengan tugasan pejabat dan banyak kerja luar. Jadi tidak ada kesempatan untuk fikir tentang kad raya. Huhuhu (malas la tu)

Kad raya digital pun belum siap! Sudah buat design tetapi macam tidak menarik! Belum sempat hendak bergambar satu keluarga :)




EmoticonEmoticon