Blog Review: Kisah Hati Sue Pelik

blog Kisah Hati Sue Pelik
Blog Kisah Hati Sue Pelik

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu.

Segmen review diteruskan lagi dengan blog Kisah Hati Sue Pelik walaupun geng terjah telah sibuk dengan persiapan raya. Hehehe

Blog Budak Pelik Story atau Kisah Hati Sue Pelik? Nama pada tajuk blog lain tetapi header lain. Jadi Sop guna nama blog berdasarkan tajuk sahaja iaitu blog Kisah Hati Sue Pelik.

Apa yang peliknya Sue? Boleh cerita sikit? [sengih]

Blog gabungan antara warna pink dengan hitam! Rasa ganaz pun ada, rasa pelik pun ada dengan blog Kisah Hati Sue Pelik. Sesuai dengan nama blog kot? Hehehe Namun apa yang penting, penggunaan warna latar dengan tulisan sesuai. Tidak sukar untuk membaca entry.

Jim berkenalan dengan Sue Pelik dulu:
My Photo
TANJUNG PIANDANG, PERAK, MALAYSIA
-Nursuriani Othman- -Panggil aku Sue- -Aku lahir bulan januari- -full time blogging- -part time facebooking- -Aku anak tunggal- -Aku mesra rakyat- -Taken by Ahmad Faiz Hilmi-

Siapa yang berkenan dengan Sue ni, mohon maaf yer, Sue telah dimiliki :)

Blog Kisah Hati Sue Pelik ini telah bermula pada tahun 2010 dan berdasarkan jumlah entry, Sue tidak aktif menulis. Jika aktif, tiap-tiap hari akan keluar entry. JIka superaktif, tiap-tiap jam akan keluar entry [ada ker?] Jika ingin mendapat tips menulis entry, sila rujuk entry blog review sebelum ini. Mungkin boleh membantu untuk aktif menulis.

Sop suka dengan header blog Kisah Hati Sue Pelik kerana ada identiti tersendiri dan lengkap dengan info yang diperlukan. Warna yang digunakan juga menarik dan sejuk mata melihat. Perempuan memang suka warna pink bukan?

Cadangan untuk blog Kisah Hati Sue Pelik adalah seperti berikut:

  • Nama blog dengan header sebaiknya sama untuk mengelak keliru
  • Penggunaan relate post untuk promosi entry lain
  • Warna tulisan pada sidebar agak tengelam kerana guna warna sedikit gelap. Jika boleh guna warna lebih cerah lagi baik.
  • Memasukkan butang kongsi sosial [social share]
  • Aktif menulis :)
  • Setting SEO seperti title swap, link directory dan sebagainya
Penulisan yang digunakan oleh Sue adalah menarik dan teruskan. Banyak perkataan-perkataan berbentuk soalan yang membantu pembaca untuk ingin meninggalkan komen kerana hendak menjawab pertanyaan tersebut.

Semoga Sue berjaya dalam dunia berblog dan jangan jadi pelik lagi. Hehehe

Apa pandangan rakan pula tentang blog Kisah Hati Sue Pelik?
Previous
Next Post »