Blog Review: Miz Ruha Story

Blog Miz Ruha
Blog Miz Ruha
Selamat sejahtera kepada semua rakan. Moga ceria-ceria selalu.

Blog Review untuk hari ini diteruskan dengan blog Miz Ruha Story.

Siapa Miz Ruha?
Nama miz ruha. Can call me MR, ruha or kak ruha if aku tua dari korang. Umur aku 24 tahun. Seorang yang simple. Part-time blogger. Love readings, blogging. Blogger Pahang.

Blog  Miz Ruha Story ini telah dibina sejak dari March 2009. Sudah lama rupanya Miz Ruha bertapak dalam dunia blogging. Cuma apa yang Sop perhatikan Miz Ruha tidak begitu aktif menulis. Setiap bulan, hanya 10 entry [ke bawah] yang dikeluarkan oleh Miz Ruha dan ada turun naik :). Selain itu, dilihat Miz Ruha lebih banyak sertai segmen dan peraduan walaupun nama blog sangat berbentuk peribadi. Memang bagus banyak sertai segmen dan peraduan tetapi entry peribadi lebih perlu lebih banyak :)

Kemungkinan Miz Ruha kekurangan idea untuk menulis?
Berikut tips untuk memberi idea bagaimana mendapat idea lebih banyak untuk menulis:

Kongsi pengalaman peribadi
Setiap pengalaman adalah menarik walaupun adalah perkara rutin. Untuk membezakan rutin, adalah cara pengolahan idea dan percambahan penulisan. Jika malu hendak bercerita tentang peribadi, kongsikan tempat, rakan, keluarga yang mungkin boleh dikongsi dengan rakan-rakan. Ada blogger hanya bercerita apa yang dia buat hari-hari tetapi masih menarik untuk dibaca. Bagaimana? Pengolahan cerita. Pada mulanya memang sukar tetapi apabila selalu menulis, idea akan terus bercambah dan bercambah.

Sop pernah sesat dalam dunia berblog yang mana tidak tahu apa yang hendak dibuat dengan blog. Masa itu awal berblog dan tiada banyak pengalaman hendak dikongsi. Sop anggap bila melancong, pergi ke tempat menarik, cuba pengalaman baru baru sesuai untuk dikongsi di blog. Apabila tiada aktiviti tersebut, mula tiada apa hendak ditulis. Ia biasanya berlaku kerana kita dipengaruhi dengan blog-blog travel dan blog yang telah mantap. Pada masa tersebut, Sop buat entry dan menyatakan tidak tahu hendak tulis apa dekat blog. Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang bagi idea diruangan komen.

Baca berita terkini dan isu-isu semasa
Apabila terdapat isu semasa atau berita menarik, tulis mengenainya dengan kaitkan dengan pengalaman peribadi. Bukan copy dan paste berita tersebut. Kesilapan besar apabila hanya copy dan paste entry orang. Ia langgar hak cipta, tiada identiti dan nampak sangat kita bukan blogger yang matang :)

Tulis dan catat sebarang idea
Kadang kala idea tidak selalu datang. Ada masa ada idea hendak ditulis, kadang itu tidak tentu masa. Hendak tidur baru ada idea. Jadi jika selalu catat idea-idea menarik, kita mampu menulis setiap idea tersebut. Boleh dikumpul dan mengelak daripada lupa.

Merancang penulisan
Sekiranya idea tidak menentu, perancangan sangat penting yang mana ketika idea bercurah-curah buat auto publish. Dengan cara ini, setiap masa ada entry yang akan dipublish pada blog. Pengunjung suka dengan blog sentiasa update. Jika ada trend publish lagi baik seperti setiap minggu pada hari Ahad jam 12.00 malam. kalau boleh hari-hari lagi baik kerana pengunjung akan datang tiap-tiap hari. Mereka tahu setiap entry baru akan ada untuk dibaca.

Banyak lagi tips-tips penulisan yang telah dikongsi oleh blogger lain. Boleh gali-gali dengan Pakcik Google yer :)

Dari segi template, Sop tak nak komen kerana memberi peluang kepada Geng Terjah untuk memberi pandangan. Sudah seminggu Blog Review berlangsung, pasti Geng Terjah boleh tahu apa yang akan Sop komen. Ce komen, ce komen! Hehehehe

Kepada rakan-rakan, jom terjah dan nyatakan pendapat anda tentang blog Miz Ruha Story.
Previous
Next Post »