Blog review - I Think Of Red Inspired

My Photo
Salam dan hi. Saya talif dan seorang jurutera. Meminati aktiviti luar,sukan dan juga blogger separuh masa. Ingin berkongsi berkaitan tentang motivasi,peningkatan kendiri,isu semasa, media sosial,pendapat dan pandangan dalam belog untuk penilaian bersama.


Kenali beliau?
Blogger yang baru Sop kenali di alam blogger secara maya yang mana akhir-akhir ini banyak support blog Sop. Beliau memaklumkan sebelum ini bertindak sebagai silent reader sahaja. Tetapi sejak Sop menukar domain kepada www.sop.name.my baru beliau sering meninggalkan komen.

Bro Talif merupakan penulis blog I Think Of Red Inspired yang menggunakan tema template hitam putih. Sop pernah guna template hitam putih dulu tetapi sebentar sahaja kerana hati lebih berminat dengan warna biru. Tukar-tukar template, akhirnya tema berwarna biru juga yang akan melekat :)

Kenapa tiba-tiba membuat entry tentang beliau?
Sop suka dengan penulisan blog beliau yang mana banyak entry memberi ulasan yang bagus. Banyak perkongsian dari segi kehidupan hingga ke blogger yang ditulis beliau. Tidak hairanlah jika penulisan beliau mendapat banyak komen dan maklumbalas :)

Malam ini baru Sop tahu rupanya beliau telah menjadi blogger selama 4 tahun dalam entry "Fakta Atau Mitos? Mudah Untuk Menjadi Blogger" Lebih kurang dengan tempoh Sop bermula juga dalam dunia blogging :) Patutlah tiada masalah untuk menulis dan mengarang ayat. Cuma entry jarang dikeluarkan kerana kesibukan tugas. Maklum sahaja seorang jurutera, pasti sibuk bukan?

Namun pembahagian masa adalah penting. Urusan yang utama perlu didahulukan, urusan sampingan menjadi perkara kedua. Sop sendiri selalu sibuk dan kadang kala tidak mempunyai kesempatan untuk membuka laptop. Pilihan yang Sop guna ialah menulis entry melalui telefon :)

Apa yang menarik di blog bro Talif?
Paling Sop suka ialah kategori Motivasi yang mana banyak memberi penulisan yang berbentuk kesedaran. Banyak lagi penulisan menarik di blog  I Think Of Red Inspired, rakan-rakan bolehlah usha dan menilai sendiri. Tidak rugi melawat blog beliau :)

Apa tunggu lagi, jom terjah sekarang!

I Think Of | Red Inspired
Banner blog beliau
Previous
Next Post »