Mrs Sop pengguna Galaxy Note

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Galaxy Note Mrs Sop baru dibuka dari kotak

Mrs Sop kini pengguna Galaxy Note. Kisah bermula dengan tawaran Galaxy Note percuma oleh Maxis kepada pengguna beliau yang lama. Namun begitu, Mrs Sop telah bertukar kepada U Mobile mengikut jejak Sop. Untuk mendapat tawaran tersebut, Mrs Sop perlu kembali kepada talian Maxis dengan nombor asal. Proses penukaran talian telah diuruskan oleh pihak Maxis.

Siapa tak nak Galaxy Note secara percuma?
Hanya perlu kontrak 2 tahun dengan Maxis.

Setelah diproses, permohonan penukaran talian ditahan di U Mobile kerana ada kesilapan. Sebelum ini ada mengambil telefon dari U Mobile tetapi atas nombor Sop guna. Apabila proses penukaran talian, pihak U Mobile telah masukkan kontrak atas nombor telefon Mrs Sop. Kesilapan tersebut memang dipihak U Mobile apabila disemak. Tergendala hajat Mrs Sop untuk mendapat Galaxy Note tersebut. Proses semakan pihak U Mobile masih belum selesai.

Oleh kerana hajat tidak kesampaian dan Galaxy Note masih terbayang-bayang, Mrs Sop bercadang mendapatkan Galaxy Note melalui luar pakej. Kebetulan ada sedikit rezeki dariNya, bolehlah Mrs Sop merasa :)

Kami ke Plaza Low Yat untuk mencari tawaran terbaik untuk Galaxy Note. Mulanya kami ke gerai telefon biasa untuk melihat harga sehingga ke gerai Samsung. Perbandingan yang dibuat walaupun di gerai Samsung dijual dengan harga tetap tetapi diberi beberapa kelebihan lain seperti casing dan memori kad. Di boot biasa, tawaran murah sedikit tetapi hanya sekadar telefon sahaja. Kami pasti beli di boot Samsung bukan?
Harga dua kedai Samsung ialah RM1999 tetap. Jika di boot lain, harga yang ditawarkan ialah RM1850 tetapi hanya telefon sahaja. Jika AP Set, harga ditawarkan ialah RM1700.

Mrs Sop telah memilih warna putih dan casing berwarna merah. Sangat menarik warna-warna casing yang ada.

Sop pun suka sangat dengan Galaxy Note tapi memikirkan hendak masuk ke dalam poket yang pasti tidak selesa, minat agak berkurangan. Penat sudah dulu semasa pakai Galaxy Tab yang memerlukan Sop pakai porch beg. Biasanya seluar jeans pasti ketat, jika masuk pula dengan Galaxy Note dalam poket lagi tidak selesa bukan?

Tahniah kepada Mrs Sop yang berjaya menjadi pengguna Galaxy Note. Galaxy Tab boleh dipulangkan kepada Sop untuk dijual :)

Takkan Mrs Sop je yang upgrade, Sop tak upgrade ker? :)

Jadi model Samsung x berbayar jab :)
Azfar dan Azwar sibuk mencuba Galaxy Tab :)
Kedai Samsung sentiasa dipenuhi pengunjung
Casing berwarna merah, menarik!
Previous
Next Post »