25 February 2012

Mrs Sop, Galaxy Y dan U Mobile

Salam 1Malaysia kepada semua rakan.

Sebelum ini, ada beberapa entry tentang pertukaran Sop kepada U Mobile. Kali ini, Mrs Sop turut menurut jejak Sop menukar kepada U Mobile. Dah macam promosi U Mobile la pulak :) Agak-agak boleh claim dengan U Mobile tak sebab banyak promosi nih? Hahaha

Apapun, mana yang baik boleh dikongsi untuk maklumat bersama, kan?
Setakat seminggu menggunakan U Mobile, perkhidmatan tiada masalah langsung. Cuma kadang-kala servis hilang kerana detect sebagai roaming. Mesej roaming terpapar pada status! Jika diikut pada setting, memang Sop pilih secara auto untuk perkhidmatan talian. Penyelesaian, perlu search network kembali. Itu sahaja masalah setakat ini. Yang lain, semua berjalan lancar. Sebab itu, Sop mencadangkan Mrs Sop bertukar kepada U Mobile.

Disamping membuat pertukaran talian, Mrs Sop juga mengambil pakej telefon untuk menggunakan telefon android. Sebelum ini, Mrs Sop menggunakan Blackberry dan banyak software yang tidak match. Blackberry tidak banyak support software yang boleh diguna bersama android dan iPhone.

Untuk permulaan, Sop cadangkan pakai Galaxy Y dahulu. Bukan sahaja harga lebih murah tetapi kecil juga. Dari segi spesifikasi, ia agak rendah tetapi sesuai dengab harganya. Dengan pakej telefon U Mobile, kami boleh jimat sebanyak RM100. Harga pasaran Galaxy Y ialah RM499 tetapi dengan pakej telefon U28, harga yang diberikan ialah RM399.

Setakat Sop cuba Galaxy Y, prestasi sangat baik dan lancar. Apa yang kurang ialah paparan dan screen agak kecil. Kadar storage juga rendah dan pekej yangvdiberikan hanya kad memory 2GB sahaja. Tapi bagi pengguna seperti Mrs Sop, ia sudah mencukupi.

Paling penting, banyak aplikasi bersama yang boleh diguna bersama seperti Viber yang mana boleh melakukan panggilan telefon secara percuma! Sebelum ini, hanya menggunakan Whatapps untuk menghantar mesej. Blackberry tidak support untuk Viber atau juga Yahoo Massegger. Susah kan? BBM pula hanya support sesama Blackberry sahaja! Malah, servis internet perlu ditambah BIS untuk memastikan mendapat perkhidmatan internet. Biasanya perlu tambah RM10 bersama plan sedia ada.

Cuma sekarang ini, tidak boleh membuat video call atau video chat kerana Galaxy Y tiada camera di hadapan :)

Terima kasih kerana membaca entry ini.





EmoticonEmoticon