08 September 2019

Coating lampu kereta untuk hilangkan kekuningan

Selamat sejahtera kepada semua.

Coating lampu kereta untuk hilangkan kekuningan
Warna kuning di bhagian atas lampu
Dalam entry blog ini Tinted lampu kereta untuk elak lampu kuning dan usang pada tahun 2016 ada menceritakan Sop tinted lampu kereta untuk mengelakkan terjadi lampu kuning dan usang. Selepas 3 tahun akhirnya tinted berkenaan menjadi kuning dan keras. Sop cuba membuang tinted berkenaan tetapi gagal kerana tinted berkenaan telah mati dan mengeras. Hanya bahagian bawah yang tidak mengeras sahaja boleh dibuka tinted berkenaan.

Oleh yang demikian, Sop mula mencari kedai-kedai tinted lampu yang murah untuk menukar tinted berkenaan melalui Facebook. Apa yang Sop temui ialah bukan tinted tetapi coating lampu. Kebanyakkan servis berkenaan yang ditawarkan ketika ini dan harga lebih rendah berbanding menggunakan tinted.

Coating ini ada dua kaedah iaitu coating spray dan coating wap. Coating spray menggunakan cat untuk mewarnai lampu yang usang dan manakala coating wap menggunakan bahan kimia yang beruwap menutupi lampu yang usang.

Hasil carian melalui marketplace facebook, ramai yang iklankan perkhidmatan ini namun bukan semuanya di Kuala Lumpur. Ada yang Sop hantar pesanan tidak berbalas untuk mendapatkan lokasi perkhidmatan. Akhirnya ada yang respon pertanyaan Sop dan beliau membuat coating spray di area Taman Melawati tidak jauh dari rumah Sop.

Harga bagi sepasang lampu ialah RM79.00 (promosi) dan RM20.00 dikenakan untuk menanggalkan tinted lama. Setelah mendapat maklumat, Semalam beliau free dan Sop terus membuat tempahan pada jam 2.30 petang. Pagi semalam, Sop agak sibuk uruskan kelas tambahan Azwar untuk persediaan UPSR.

Pada jam 2.30 petang, Sop tiba di lokasi yang diberikan oleh Hairul Nizam. Beliau menjalankan perkhidmatan hanya di rumah sahaja. Tanpa melengahkan masa, kerja-kerja membuang tinted lama dilakukan. Proses membuang tinted yang mati amat sukar kerana tinted seolah-olah telah sebati dengan lampu. Tinted perlu dikikis menggunakan pisau. Untuk menanggalkan keseluruhan tinted memakan masa lebih kurang 2 jam. Baharu sahaja hendak selesai menanggalkan tinted tetiba hari hujan. Bro Hairul memaklumkan, jika hujan kerja-kerja coating tidak dapat dijalankan. Waktu malam juga tidak boleh dibuat kerana coating memerlukan cahaya yang mencukupi untuk mendapat hasil yang terbaik. Biasanya beliau akan berhenti membuat coating jam 5.00 petang.

Coating lampu kereta untuk hilangkan kekuningan
Kesan tinted yang mati
Mengenai tinted lampu, bro Hairul memaklumkan tinted perlu diganti sebelum mengeras atau setahun sekali. Ada kes yang beliau uruskan tinted telah kehitaman seperti terbakar. Lagi susah untuk tanggalkan dan menghilangkan kesan hitam tersebut. Bagi yang tiada tinted lampu tetapi berlaku lampu kuning sahaja, proses lebih cepat iaitu dalam masa 2 jam boleh selesai.

Selepas menanggalkan tinted, lampu kereta akan digosok menggunakan kertas pasir untuk membuang tanda kuning dan kesan-kesan tinded. Kerja-kerja coating lampu kereta Sop dibuat pada hari berikutnya. Proses spray coating hanya sebentar yang mana menggunakan 3 layer cat sahaja. Kita boleh memilih untuk coating yang gelap atau jernih sahaja. Tahap kegelapan coating boleh dipilih oleh pelanggan. Sop hanya memilih warna jernih sahaja walaupun kelihatan warna coating sedikit gelap lebih garang. huhuhu

Coating lampu kereta untuk hilangkan kekuningan

Bro Hairul memaklumkan cat coating ini merupakan khas untuk plastik dan mengandingi bahan menghalang sinar UV bukan seperti cat clear biasa. Oleh sebab itu apabila dicat pada lampu akan menjadi jernih. Untuk mendapatkan warna coating gelap, cat hitam akan dicampur dengan cat warna jernih. Sukatan yang dibuat hanya berdasarkan pengalaman dan hasil percubaan sebelum ini.

Selepas spray coating 3 layer, ia akan dibiarkan kering dalam masa 1 jam. Ketika ini diharap tidak hujan dengan tiba-tiba (Huhuhu) Bro Hairul ada memaklumkan ada pelanggan yang buat coating tetapi pulang sebelum betul-betul kering dan dalam perjalanan terkena hujan. Kesannya ada tompok-tompok warna putih. Beliau kena membuat touch up balik lampu berkenaan untuk hilang tompokan tersebut. Sop bernasib baik selepas 1 jam, hujan mula gerimis dan ketika itu coating telah kering. Setelah berpuas hati, Sop membuat bayaran dan pulang.

Coating lampu kereta untuk hilangkan kekuningan

Sop dimaklumkan coating lampu ini boleh bertahan selama setahun hingga 3 tahun bergantung kepada penjagaan. Jika kereta banyak terletak bawah sinaran matahari mungkin boleh bertahan selama setahun sahaja. Coating lampu ini juga tidak boleh dipolish seperti cat badan kereta kerana ia adalah jenis cat yang berbeza. Hasilnya Sop sangat berpuas hati dengan coating ini. Lampu kereta Sop kelihatan baru kembali. Walaupun kesan dari tinted yang berbintik tidak dapat dihilangkan jika dilihat dari dekat namun masalah lampu kuning tiada lagi. Hasil juga lebih menarik berbanding tinted sebelum ini.

Bagi anda yang ada masalah lampu kereta kuning dan kusam, boleh hubungi Bro Hairul Nizam di talian 013-292 3792 atau FB: Hairul Nizam Ahmad untuk membuat coating. Bukan sahaja kereta tetapi motosikal yang lampu kekuningan pun boleh buat coating ini.

Galeri gambar:

Coating lampu kereta untuk hilangkan kekuningan

Coating lampu kereta untuk hilangkan kekuningan

Coating lampu kereta untuk hilangkan kekuningan
Coating lampu kereta untuk hilangkan kekuningan

Coating lampu kereta untuk hilangkan kekuningan

Coating lampu kereta untuk hilangkan kekuningan
Hasilnya lampu kelihatan seperti baharu :)


23 comments:

  1. info baru mama ni tq sop for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau lampu kuning boleh la buat nanti :)

      Delete
  2. Very useful post. This is my first time i visit here. I found so many interesting stuff in your blog especially its discussion. Really its great article. Keep it up. Looking for some inspiration for your next trip? Find great vacation ideas and inspiration from Things to do, your source for the web's best reviews and travel ...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. tq sbb singgah jenguk :)
      sop pun x berapa nak aktif blogging.. huhuhu

      Delete
  4. selamat tahun baru semoga tahun 2020 lebih menjanjikan kemanisan buat sop sekeluarga

    ReplyDelete
  5. waaa.. perkongsian yang menarik.. kita ni hari2 tengok lampu dah kuning.. ntah bila nak pergi servis.. buat sendiri tak reti...heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah sahaja buat coating
      cuma masa la lama skit kalau buat

      Delete
  6. Salam bang Sop. Memang cam lampu kete baru la. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la, x perlu beli lampu baharu.. huhuh

      Delete
  7. Boleh saya cuba buat ini daripada tukar lampu yang baru....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, lebih jimat. setakat setahun 2 tahun boleh tahan lagi.

      Delete
  8. Great Article, I appreciate your effort in putting up this. We will love to let you know that there are available Post UTME past questions and answers.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. We are really grateful for your blog post. You will find a lot of approaches after visiting your post. I was exactly searching for. Thanks for such post and please keep it up. Great work. polyurea

    ReplyDelete
  11. Very interesting, Great Job with creativity... I really enjoy this site...Keep it up. Visit here for Past Questions and Answers

    ReplyDelete
  12. This is my testimony on how I finally joined the New World Order, the Illuminati, after trying to join for over two years. Betrayed repeatedly took my money. I’ve been trying to join the Illuminati for so long, but scammers kept taking my money until earlier this year when I met Lord Felix Morgan online. I contacted him and explained everything, and he recommended the membership. I paid the large membership fee to get started, was initiated into the New World Order, and received $1,000,000 USD after my initiation. I am very happy! And I promise to spread the word about Lord Felix Morgan’s good work. If you are interested in joining the New World Order Illuminati today, contact Lord Felix Morgan today; this is your best chance to get the Illuminati membership you’ve always wanted. Contact Lord Felix Morgan on WhatsApp Plus Four four seven three five three zore two seven four five six

    ReplyDelete
  13. Ini adalah testimoni saya tentang bagaimana saya akhirnya menyertai Illuminati setelah saya cuba menyertai selama lebih 2 tahun tetapi penipu telah mengambil wang daripada saya beberapa kali. Saya telah lama mencari untuk menyertai Illuminati, tetapi penipu terus mengambil wang saya sehingga awal tahun ini apabila saya bertemu dengan Lord Felix dalam talian, saya menghubunginya dan saya menjelaskan semuanya kepadanya dan dia mengesyorkan pendaftaran yang digunakan dan saya membayar ahli besar untuk memulakan saya dan saya telah diinisiasi ke dalam World Order dalam talian dan saya menerima sejumlah $1,000,000 dolar AS ke dalam akaun bank saya sejurus selepas ritual inisiasi dalam talian saya dan saya juga akan memperoleh $33,000 dolar AS setiap bulan, saya sangat gembira! Dan berjanji untuk menyebarkan kerja baik Lord Felix. Jika anda berminat untuk menyertai Illuminati dalam New World Order hari ini, hubungi Lord Felix hari ini dan bukannya menerima penipu untuk mengambil wang anda atas nama membantu anda menyertai, Hubungi Lord Felix Melalui e-mel illuminatiofficial565@gmail.com atau WhatsApp +44 7353 027456

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon