13 June 2013

Kelab permotoran EduRiders@KL

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Kelab motosikal berkuasa tinggi diwujudkan untuk mengumpul pemilik-pemilik motosikal untuk mengadakan aktiviti bersama. Di Malaysia terdapat beratus kelas motosikal berkuasa tinggi ini. Ada yang memiliki ahli yang ramai dan ada sebaliknya. Ia bergantung kepada objektif dan jenis kelab tersebut. Jika kelab melibatkan jenama, jenis motor dan sebagainya pasti besar bukan? Contohnya kelab BMW atau Harley Davidson yang terdiri daripada keahlian seluruh negara. Malah kelab Cikgu Bikers terdiri daripada guru-guru dari seluruh negara yang memiliki motosikal besar :)

EduRiders@KL
EduRiders@KL merupakan kelab permotoran yang baru diwujudkan untuk mengumpul warga pendidik dari Kuala Lumpur yang memiliki motosikal berkuasa tinggi. Guru-guru yang mempunyai motosikal berkuasa 200 cc ke atas dari sebarang jenis boleh menyertai EduRiders@KL.

Oleh kerana masih dalam peringkat pencarian ahli, buat masa ini tiada pendaftaran diperlukan. Sebagai tanda ahli, stiker EduRiders@KL akan diberikan secara percuma.

Founder kelab EduRiders@KL memaklumkan bahawa terdapat ramai guru-guru daripada Kuala Lumpur yang memiliki motosikal berkuasa tinggi ini. Ini adalah masanya untuk kumpulkan dalam satu kumpulan untuk merancang aktiviti bersama. Kelab EduRiders@KL mengharapkan lebih ramai guru-guru Kuala Lumpur yang memiliki motosikal berkuasa tinggi menyertai kelab ini.

Kepada guru-guru yang memiliki motosikal berkuasa tinggi dan ingin menyertai EduRiders@KL, sila hubungi Encik Azizi di alamat azizi762001(at)yahoo.com.

Perjumpaan pertama akan diadakan seperti maklumat berikut:

Pre TTS EduRiders@KL
14 Jun 2013
9.00 malam
NZ Curry House KLCC

TTS EduRiders@KL
16 Jun 2013
9.00 pagi
Restoran Jejantas Sungai Buluh
(RV Point Shell Tol Duta jam 8.30 pagi)


EmoticonEmoticon