Mencuba prestasi U Mobile di Danau Kota
Salam 1Malaysia kepada semua rakan.
Perkhidmatan mobile internet sangat penting kepada Sop sekarang. Jika dahulu, hanya broadband yang diperlukan tetapi sekarang dengan tablet, mobile internet adalah lebih memudahkan. Ia bukan sahaja untuk kegunaan pada telefon bimbit tetapi turut menjadi router jika online menggunakan laptop.
Sebelum ini, Sop menggunakan perkhidmatan DiGi tanpa sebarang masalah kerana servis yang baik. Malah Sop sentiasa mencadangkan perkhidmatan DiGi kepada rakan-rakan.
Namun sejak pindah ke Danau Kota, masalah perkhidmatan mula muncul. Bukan sahaja perlahan tetapi sentiasa terputus-putus. Ini menjadikan Sop sangat kecewa. Mungkin kawasan Danau Kota ini belum mendapat liputan yang terbaik kerana pusat siaran jauh atau sebagainya. Atau mungkin juga jumlah pengguna di sekitar ini adalah ramai. Walaupun network menunjukkan HDPA tetapi tahap kelajuan sama seperti GPRS.
Petang tadi, Sop membeli Stater Pack U Mobile untuk mencuba prestasi perkhidmatan di sini. Setakat kini, prestasi sangat baik dan berjalan lancar. Tahap kelajuan juga adalah memuaskan. Sekiranya prestasi memuaskan, Sop kemungkinan besar akan bertukar kepada U Mobile. Sebelum ini, Sop pernah guna broadband U Mobile selama 2 tahun dan tiada sebarang masalah kecuali apabila berada di luar Kuala Lumpur. Network belum menyeluruh sepenuhnya!
Jika Sop guna pelan yang termurah, rasanya tiada alasan untuk merungut. Setakat kini, pelan U Mobile adalah termurah yang ditawarkan di pasaran.
Siapa yang pernah menggunakan U Mobile, boleh bagi pandangan?
EmoticonEmoticon