21 December 2011

Jom makan Ayam Penyet AP

Salam 1Malaysia semua rakan.
Sudah makan?

Bila sebut Ayam Penyet, pasti Sop akan terbayang pertama kali makan ayam penyet semasa di Sarawak. Sebelum itu, tidak pernah rasa dan tidak tahu tentang ayam penyet.

Mula-mula makan, terfikir macam mana hendak makan kerana tiada kuah. Hanya nasi, ayam, sayur dan sambal. Rasa pelik sangat. Tetapi bila makan, baru tahu keenakkan ayam penyet tersebut. Masa melawat di Sarawak, terdapat 2 tempat yang Sop pergi dan kedua-duanya sedap.

Di Kuala Lumpur untuk makan ayam penyet boleh di dapati restoran Ayam Penyet AP. Sebelum ini, Sop biasa makan di Wangsa Walk. Terbaru ialah di Festival City yang baru dibuka. Selepas ini tak perlu jauh untuk menikmati hidangan ayam penyet kerana Festival City tidak jauh dari rumah Sop.

Menu yang biasa Sop pilih ialah ayam penyet dan udang penyet. Setakat kini, di Kuala Lumpur belum jumpa ayam penyet bakar seperti di Sarawak.






EmoticonEmoticon