28 September 2010

Tips menyayangi pengunjung blog anda

Bagaimana menyayangi pelawat dan pembaca blog anda? 
Ia adalah berkaitan dengan bagaimana anda memberi menghadapi pelawat dan pembaca blog anda. Setiap sesuatu perkara yang baik berkaitan dengan blog boleh menyampaikan perasaan sayang anda kepada pelawat dan pembava blog anda.

Untuk menyayangi pelawat blog anda, anda perlu mengetahui pengunjung terlebih dahulu. Oleh itu, buat analisis ringkas jenis-jenis pelawat blog anda melalui live feed atau rekod traffic Nuffnang. Kebanyakkan traffic datang dari injin carian dan juga blogwalking.

Adalah penting menjaga dan menyayangi pelawat atau pengunjung blog supaya memastikan mereka akan kembali melawat kembali. Semoga tips ini dapat membantu mengekalkan atau menambah traffic ke blog anda.

  • Menyediakan maklumat dan informasi yang baik - pelawat yang hadir dari injin carian biasanya mencari maklumat atau informasi. Maklumat yang diberikan jelas dan padat sangat membantu pelawat dan pembaca blog anda.
  • Sentiasa membalas komen atau pertanyaan - Sekiranya terdapat pertanyaan melalui ruangan komen atau shoutbox, pastikan anda memberi respon segera. Terdapat pembaca memerlukan maklumat tambahan untuk lebih pemahaman. Layanan mesra oleh pemilik blog akan menjadikan blog anda sentiasa dikunjungi
  • Memberi bantuan sewajarnya - terdapat pelawat atau pembaca yang memerlukan bantuan dari segi teknikal atau juga maklumat. Sentiasa berkongsi maklumat yang ada. Sekiranya tiada, adalah baik membantu mencari maklumat tersebut dan bantu mereka yang memerlukan. Contohnya jika terdapat pertanyaan mengenai agama, Sop akan rujuk dengan rakan ustaz untuk membantu kerana Sop tiada kemahiran dalam bidang agama.
  • Memastikan pelawat dan pembaca selesa - adalah penting memilih template dan sususan blog yang sesuai. Oleh itu, kita perlu fikirkan keperluan pelawat secara umum. Susun dan jadikan template yang sesuai untuk semua pelawat. Kita mungkin tidak tahu jantina, umur, bangsa, jenis, minat dan sebagainya. Oleh itu, pemilihan template dan setting blog yang boleh diterima ramai adalah lebih baik. Jangan terlalu mengikut kehendak kita sehingga membebankan pelawat dan pembaca.
  • Memberi penghargaan - penghargaan boleh diberikan dalam pelbagai bentuk. Paling mudah ialah mengucapkan terima kasih melalui komen yang diberikan atau juga dalam entry itu sendiri. Selain itu, penghargaan juga boleh disampaikan melalui pemberian hadiah. Jika mampu, bagi kepada semua pelawat (boleh ker?) tetapi jika tidak, mungkin melalui pelawat bertuah atau peraduan. Maklumkan peraduan tersebut sebagai menghargai pelawat dan pembaca atas sokongan terhadap blog anda. Penghargaan juga boleh diberikan melalui award atau membuat entry khas.
  • Membalas kunjungan - sekiranya terdapat blogger yang melawat dan meninggalkan jejak, pastikan anda sentiasa membalasnya. Sop contohnya jika terdapat bloggers yang meninggalkan komen, seboleh-bolehnya akan kembali komen ke blog beliau. Jejak yang ditinggalkan adalah bertujuan untuk mendapat traffic. Sekiranya kita membalas jejak tersebut, sudah pasti kita menyumbang traffic kepada blog pelawat dan pembaca.
Tips-tips di atas antara tindakan kita untuk mengambarkan yang pelawat disayangi. Tindakan yang perihatin dan tanggungjawab kepada pelawat serta pembaca akan memberi faedah bersama. 

Sebarang tips tambahan atau pandangan, sila diutarakan diruangan komen.


EmoticonEmoticon