24 July 2010

Perlu dikenali atau low profile?

Perkara ini sop telah kaji bermula dari cuba bergiat aktif dalam dunia blogger. Ia berdasarkan rujukan blog-blog otai yang mempunyai ramai pelawat.

Adakah perlu menonjolkan diri blogger untuk dikenali?

Terdapat 2 jenis blogger popular dimasa ini iaitu berdasarkan populariti dan juga hasil penulisan. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, didapati blogger yang lebih ramai terserlah ialah blogger yang mempunyai personaliti yang menarik dan menonjol.

Bagi blogger yang mempunyai penulisan yang baik dan output yang bermanfaan tidak banyak yang terkenal. Populariti adalah terhad dan hanya dikenali oleh pihak yang giat mencari maklumat seperti blogger, pelajar dan sebagainya.

Tetapi sekiranya blogger mempunyai gabungan antara personaliti dan pencairan maklumat, anda pasti menjadi blogger yang mantap dan dikenali! Jika diberi contoh, memang ramai blogger boleh disenaraikan.

Sop ingin merujuk kepada pelakon dan penulis buku yang mana pelakon-pelakon lebih dikenali dan diminati berbanding penulis. Tetapi adakah blogger yang mempunyai paras rupa dan perwatakan menarik sahaja boleh menonjol? Pastinya jawapan tidak! Setuju?

Bagi pendapat sop, yang penting yang perlu ditonjolkan ialah identiti. Setiap blogger mempunyai identiti yang tersendiri. Identiti tersebut mungkin boleh dihubungkaitkan dengan konsep blog masing-masing. Oleh itu, sop mungkin membuat satu page khas untuk memperkenalkan diri sop dan ahli keluarga. Bak kata pepatah, "tak kenal maka tak cinta". Sebelum ini, sop tak pernah memperkenalkan diri sop dan keluarga dan mungkin juga ini masa yang sesuai untuk kita berkenalan.

Bagaimana pendapata anda pula? Perlukah blogger menonjolkan diri atau hanya low profile?


EmoticonEmoticon