Nonton Ironman 2 di TGV Wangsa Walk Mall
Semalam kami sekeluarga ke Wangsa Walk Mall untuk menonton filem Ironman 2 iaitu cerita kegemaran Azfar dan Azwar. TGV Wangsa Walk Mall baru sahaja dibuka pada 29 April 2010 yang lepas. Oleh kerana bari dibuka, pembelian internet belum disediakan di TGV Wangsa Walk Mall.
Pada pendapat kami, TGV Wangsa Walk Mall mungkin tiada ramai pengunjung kerana masih baru dibuka. Tetapi tekaan kami meleset kerana pada hari tersebut, ramai pengunjung juga sama seperti kami untuk mencuba panggung wayang yang baru. Tayangan Ironman 2 jam 1.30 petang telah penuh dan terpaksa kami mengambil tayangan jan 2.45 petang. Sementara menunggu waktu tayangan, kami lepak di pusat permainan Wangsa Walk Mall yang terlepak di depan panggung TGV.
Pada jam 2.30 petang, kami beratur untuk masuk ke panggung. Terdapat 8 buah panggung di sini (kalau tak silap) dan kami mengambil couple sit untuk mendapat barisan atas. Kebanyakan kerusi biasa telah penuh pada waktu kami membeli tiket tadi.
Semasa tayangan iklan, sistem panggung mula tersekat-sekat. Kami merasakan sesuatu yang tidak kena dengan sistem tayangan. Sangkaan kami betul, semasa tayangan Ironman 2 bermula, sistem masih tersekat-sekat. Penonton mula tidak berpuas hati dan kedengaran suara-suara sumbang mengenai masalah tersebut. Setelah beberapa kali tersekat, akhirnya pihak TGV membuat pengumuman masalah teknikal dan akan memakan masa 5 - 15 minit untuk memperbetulkannya. Setelah itu, ramai penonton mula keluar panggung dan tidak berpuas hati dengan keadaan tersebut. Apabila di luar, rupanya terdapat 4 panggung bermasalah seperti kami. Oleh kerana itu, kami turun ke kauter untuk mendapat balik bayaran tiket. Pihak TGV dengan profesionalnya memulangkan balik bayaran tiket.
Agak terkilan juga pada hari tersebut tidak dapat menonton filem Ironman 2 walaupun telah terpaksa menunggu lama. Kami faham dengan keadaan TGV Wangsa Walk Mall yang baru sahaja buka, mesti masih terdapat kekurangan atau sistem belum stabil. Setelah mendapat bayaran, kami pulang ke rumah kerana agak penenatan.
Secara keseluruhan, TGV Wangsa Walk Mall adalah baik dari segi design, sistem dan ruang panggung. Kami mungkin akan kembali atau mungkin selalu ke TGV Wangsa Walk Mall kerana ia berdekatan dengan rumah kami. Masalah yang dihadapi oleh TGV pada hari tersebut tidak memberi kesan kepada kami kerana masalah tersebut boleh berlaku dimana sahaja. Diharap TGV Wangsa Walk Mall lebih matang dalam mengatasi masalah teknikal tersebut. Minggu depan, kami akan ke TGV lagi untuk menonton Ironman 2 tetapi belum pasti TGV mana satu????
EmoticonEmoticon