20 June 2009

Tak sempat tulis blog ini

Beberapa hari ini aku tak sempat nak singgah blog aku untuk buat update kerana kesibukkan dengan tugas pejabat. Disamping itu juga aku sedang membuat naiktaraf laman web tempat aku bertugas iaitu www.upkkl.com.

Web unit aku ini menggunakan script joomla iaitu CMS free yang terkenal pada masa ini. Sebelum ini aku menggunakan joomla versi 1.0. Oleh kerana versi 1.0 agak sukar untuk mendapat componen, template, module dan plugin, aku pun bertukar kepada versi 1.5. Proses untuk upgrade 1.0 kepada 1.5 agak sukar kerana aku perlu mengikuti beberapa arahan.

Oleh kerana aku merasakan agak leceh untuk upgrade ini, aku terus membuat pemasangan baru. Ini kerana tahap kelajuan internet aku agak lembab.

Dalam 2 hari ini, aku banyak membuat setting laman tersebut. Semua perlu dibuat setting kerana fail lama telah dipadam sepenuhnya. Setakat ini, aku agak berpuashati dengan keseluruhan projek aku ini. Cuma beberapa module dan componen belum dimasukkan lagi. Dalam minggu ini, ia akan siap sepenuhnya (anggaran aku)..


EmoticonEmoticon