26 November 2008

Setup Blog Mobile Phone

Hari ni selesai sudah aku setup blog aku yang terbaru iaitu blog tentang dunia handphone. Setelah sehari suntuk ejas mengejas template, widget, gajet dan lain-lain, akhirnya aku berpuas hati dengan hasilnya.

Tujuan aku bina blog pasal hanpon ni kerana aku nak berkongsi info yang aku dapat apabila terjumpa di internet. Biasa ler, cut and paste untuk kawan-kawan. Selalunya aku suka cari software untuk hanpon aku. Sebelum ni, aku pakai PPC (Dopod), memang suka sangat cari software dan game. Lagi pun masa tu aku guna Memory card 2gb. Install la banyak-banyak, sebabnya aku tak suka simpa lagu...

Tapi bila aku tukar pakai sony ericsson nih, kurang la sikit install terutama games. Aku hanya cari yang penting-penting jer seperti messeger, mail system, waktu solat, kamus dan sebagainya. Jadi, aku pikir maklumat yang aku jumpa, boleh share kat blog aku. Aku malas nak post kat sini, nanti bercelaru plak blog aku nih!

Korang boleh lah lawat-lawat blog mobile aku di alamat http://malaysia-mobile.blogspot.com


EmoticonEmoticon