01 April 2018

Jam G-Shock pertama Azfar

Selamat sejahtera kepada semua.

G-Shock merupakan jenama yang tidak asing lagi di negara ini. Jam yang tahan jatuh dan mampu masuk ke dalam air 200m menjadi kegilaan anak-anak remaja dan juga orang dewasa. Bukan sahaja tahan tetapi design juga cukup menarik dan menjadi trend sekarang ini.

Azfar dengan jam G-Shock GA-100
Sempena kecemerlangan dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA yang mendapat 8A, kami telah hadiahkan jam G-Shock kepada Azfar. Semoga hadiah ini memberi semangat untuk terus Azfar meningkatkan kecemerlangan dalam akademik di sekolah agama dan juga sekolah kebangsaan.

Jam G-Shock menjadi idaman Azfar setelah Sop sendiri baru memakainya. Malah, ramai juga rakan-rakan Azfar turut memakai jam jenama G-Shock ini. Semoga jam ini dapat bertahan untuk tempoh yang lama sesuai dengan penggunaan remaja yang lasak.

Sebelum ini, banyak juga jam telah dibeli tetapi biasanya jam pasar malam. Bila pakai memang tidak lama pasti akan rosak. Huhuhu

2 comments:


EmoticonEmoticon