01 April 2018

Blog bersawang-sawang

Selamat sejahtera kepada semua dan terima kasih kerana mengunjungi blog ini.


Agak lama tidak menulis sejak kedua-dua laptop rosak dan aplikasi blogger pada Apple tidak lagi boleh digunakan. Semangat untuk menulis terus hilang begitu sahaja walaupun banyak cerita peribadi yang hendak dicatat pada blog ini until tatapan masa hadapan.

Sebelum ini, Sop menulis blog menggunakan laptop, iPad atau Iphone. Sejak aplikasi Blogger tidak lagi diteruskan pada IOS, agak sukar untuk menulis blog melalui iPad dan iPhone. Ada aplikasi lain tetapi terdapat banyak masalah untuk menulis seperti untuk memuat naik gambar, publish dan sebagainya. Laptop juga agak uzur dan prestasi agak perlahan setelah sistem dikemaskini dengan Windows 10. Laptop tersebut telah menjangkau usia 9 tahun.

Setelah 3 bulan menyepi diri, hari ini baru laman blogger.com ini dibuka semula. Bukan laptop telah dibaiki dan bukan juga aplikasi blogger telah berfungsi tetapi laptop baru menjadi peneman kini. Hajat untuk membeli laptop baru telah lama sebelum laptop lama rosak lagi. Namun atas keperluan lain dan tabung simpanan yang tidak juga penuh-penuh, hajat tersebut terpaksa disimpan buat sementara waktu.

Semoga Sop boleh kembali aktif menulis blog dengan adanya laptop baru ini. Agak sukar juga untuk memulakan kembali rutin blogger apabila lama berhenti. Semakin berusia umur ini semakin lambat untuk injin panas! Susah pula hendak menjana idea :) Diharap entry ini sebagai permulaan untuk kembali aktif berblog.

Ada cadangan penambahbaikan? Sila tinggalkan diruangan komen :)


EmoticonEmoticon