03 January 2018

Selamat tahun baru 2018

Selamat sejahtera kepada semua.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Tanpa disedari blog ini pun telah menjangkau 10 tahun. Yey!

Tahun 2008 baru Sop mula berjinak-jinak dengan blogging dengan domain riwayathariku.blogspot.com dan kemudian bertukar kepada domain gnesop.com. Selepas google adsense block domain gnesop.com, Sop bertukar kepada domain sop.name.my. Walaupun bertukar domain, platform blog masih sama iaitu blogspot.

Semangat berblog cukup bermusim. Ada masa sangat aktif dan ada masa sangat dingin :( Ketika aktif menang rajin menulis dan membuat entry blog tetapi apabila dingin memang susah hendak menulis. Pada tahun 2017 agak dingin untuk berblog. Ada beberapa punca menyebabkan jarang kemaskini blog dan antaranya ialah malas :) hahaha Keduanya tahun ini laptop pula rosak. Dengan aplikasi blogspot yang tidak lagi boleh digunakan pada iphone dan ipad, lagi sukar untuk Sop berblog.

Semoga tahun 2018 ini, Sop kembali rajin berblog. Oleh itu, kena usaha juga untuk mendapatkan sebuah laptop tahun ini. Huhuhu

3 comments:

  1. Semoga terus Ada semangat sop

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah
      Kena cari laptop segera ni.. huhuhu

      Delete
  2. lama juga tak datang jenguk ke sini.. kali terakhir rasanya tahun 2014.. hehe

    Kalau ada kelapangan, mari lah singgah sebentar di Sekadar Mengisi Ruangan Kosong di Sanubari :)

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon