23 October 2017

Pembukaan Outlet Hypershoe di KIP Mall Bangi, Selangor

Selamat sejahtera kepada semua.

Pada 8 Oktober 2017 yang lepas, Hypershoe telah membuka cawangan terbarunya di KIP Mall Bangi yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 32 cawangan di seluruh negara. Hypershoe telah beroperasi sejak tahun 1996 dan terus menjadi pilihan rakyat Malaysia sehingga kini.


Terdapat pelbagai variasi kasut di Hypershoe ini untuk kegunaan harian sama ada untuk bekerja, bersukan, bersantai, bersekolah dan sebagainya. Variasi ini dibahagikan melalui kategori berikut:
Mix Point Men Shoe
Vetini Women Shoe
MP Kids School Shoe
MP Kids Shoe
MP Sport Men and Women Shoe

Pendek kata jika sekeluarga datang ke Hypershoe, setiap ahli keluarga boleh beli kasut di sini. Ayah dan ibu boleh beli kasut untuk kerja, sukan atau kasual, anak-anak boleh beli kasut sekolah, sukan atau santai. Sesuai dengan tagline Hypershoe iaitu “Langkahku Langkahmu, Hypershoe Pilihanmu”.



Majlis pembukaan Hypershoe KIP Mall Bangi, Selangor telah bermula pada jam 12.00 tengah hari. Pengunjung yang hadir pada waktu tersebut akan mendapat baucer tunai RM5 jika menjawab soalan dengan betul oleh pengacara majlis.

Selain daripada banyak pilihan ditawarkan, harga produk di Hypershoe sangat-sangat berpatutan. Pada pendapat peribadi, jika dibandingkan harga-harga dengan kedai lain, Hypershoe menawarkan harga lebih murah. Memang boleh berjimat banyak jika anda berbelanja di Hypershoe ini. Jadilah pengguna yang bijak :)


Sop berpeluang mendapatkan kasut untuk kerja iaitu Mix Point. Kasut yang ringan dan selesa untuk dipakai hanya dengan harga RM69.90 sahaja. Sop suka design yang ringkas tetapi nampak bergaya sesuai dengan penampilan Sop bekerja di pejabat. Banyak lagi design kasut yang menarik perhatian Sop tetapi mungkin akan dibeli pada masa akan datang. Memang agak rambang mata untuk memilih kasut di Hypershoe. Kalau boleh hendak beli semua :)


Anak-anak Sop berminat dengan kasut Hypershoe ini. Mungkin design dan warna yang menarik perhatian mereka. Auni dan Ecah jika lihat kasut warna pink memang terus berminat. Banyak pilihan untuk kasut kanak-kanak dengan harga yang murah. Kasut sekolah nanti akhir tahun boleh beli untuk buat sekolah tahun depan.


Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Menarik juga beg sekolah kanak-kanak di Hypershoe. Pelbagai design dan bentuk ditawarkan dengan warna yang menarik.


Bagi yang ingin mendapatkan kasut atau sandal di Hypershoe KIP Mall Bangi, sila ke alamat berikut:

Hypershoe KIP Mall Bangi
Lot M-02, M-03, M-04, M-05, G-5/2 KIP Mall Bangi,
No. 1 Jalan Medan Bangi
Off Persiaran Kemajuan, Seksyen 6
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor

Bagi anda  yang jauh daripada Bangi, Selangor, bolehlah lawat www.hypershoe.com.my/outlet-locations untuk melihat cawangan Hypershoe yang lain berhampiran dengan anda.

Anda juga boleh layari laman web dan laman social berikut untuk maklumat lanjut mengenai Hypershoe dan produk-produk terkini:
Website: www.hypershoe.com.my
Facebook: www.facebook.com/hypershoe
Instagram: www.instagram.com/hypershoeofficial

Galeri gambar semasa majlis Perasmian Pembukan Hypershoe KIP Mall, Bangi:











5 comments:


EmoticonEmoticon