03 September 2017

Repair span helmet murah


Selamat sejahtera kepada semua.

Perkhidmatan membaiki helmet atau topi keledar tidak banyak di Malaysia. Malah di Kuala Lumpur sendiri tidak banyak kedai yang menyediakan perkhidmatan ini. Setahu Sop hanya di kedai aksesori motosikal Pertama Kompleks sahaja yang menyediakan perkhidmatan membaiki helmet dan biasanya hanya helmet yang mahal sahaja yang dihantar kerana kos membaikinya adalah mahal. Ada kawan telah hantar baiki span helmet denga kos RM300.

Helmet Nolan kepunyaan Sop telah lama span rosak. Keadaan span telah nipis dan mula hancur berderai. Apabila pakai memang tidak akan rasa span langsung! Sop cuba untuk mencari inner keran model helmet tersebut boleh dicabut dan ditukar namun kerana helmet model tersebut agak lama jadi agak sukar untuk mencari ganti innernya.

Hasil pencarian diinternet, ada yang berkongsi tentang kedai membaiki helmet dan tinjauan melalui laman instagram beliau berada di Terengganu. Kebetulan Sop memang hendak balik kampung untuk 5 hari. Sop terus hubungi beliau untuk bertanyakan anggaran kos dan tempoh membaiki helmet tersebut. Beliau memaklumkan boleh membaiki helmet tersebut dalam tempoh Sop balik kampung tersebut.

Sampai di Terengganu, Sop terus menghubungi beliau dan menghantar helmet tersebut di rumahnya. Beliau menjalankan kerja-kerja membaiki helmet di tepi rumah. Beliau bermula baiki helmet secara cuba-cuba apabila melihat kedai membaiki helmet beliau. Daripada situ, beliau mula baiki helmet sendiri dan rakan-rakan. Kini, membaiki helmet menjadi pekerjaan utama beliau. Rata-rata pelanggannya datang dari luar Terengganu dan dihantar secara pos.


Alhamdulillah, helmet Sop berjaya disiapkan sebelum balik ke Kuala Lumpur. Pagi-pagi Sop dah pergi ambil helmet tersebut sebelum berangkat pulang. Hasil kerja sangat memuaskan dan helmet berbau harum kerana sebelum repair span, helmet tersebut telah dicuci dahulu. Kini helmet memang sedap dipakai kerana span seperti baru dan berbau wangi :) Malah kos yang dikenakan ialah RM120 sahaja. Memang berbaloi!


Kepada yang berhajat untuk baiki helmet, bolehlah hubungi Saudara Syed. Maklumat beliau boleh diperolehi melalui laman instagram berikut:

4 comments:


EmoticonEmoticon