29 September 2017

Jualan/Sale pakaian sukan di SOGO


Selamat sejahtera kepada semua.

Sedang mencari pakaian sukan seperti kasut?
SOGO sedang mengadakan promosi pakaian sukan dengan harga yang murah! Paling banyak ialah kasut-kasut sukan yang berjenama seperti Adidas, Nike, PUMA, Reebok dan sebagainya.

Kebetulan memang hendak cari kasut sukan untuk Azwar, apa lagi terus sahaja ke tingkat 7 SOGO. Seperti biasa apabila promosi, tidak banyak saiz yang tinggal dan pilihan pun terhad. Namun apabila dapat, memang harga berbaloi-baloi!



Kami berjaya mendapat kasut sukan Azwar jenama Adidas dengan harga RM72.00 sahaja. Kasut Ecah pula dengan harga RM55.00 sahaja! Namun kasut sukan untuk Mrs Sop sahaja tidak berjaya dibeli kerana tiada yang berkenan dimata beliau :(

Jualan murah pakaian sukan di SOGO ini akan diberlangsung hingga 2 Oktober 2017. Kepada anda yang hendak mencari pakaian sukan memang molek sangat ke SOGO minggu ini :)

3 comments:


EmoticonEmoticon