Ecah lebam bawah mata

Selamat sejahtera kepada semua.

Pada Ahad lepas, kami sekeluarga telah menghadiri rumah terbuka Aidilfitri kakak ipar Sop di Bandar Tasik Selatan. Turut ikut bersama ialah bapa dan ibu mertua yang naik kereta bersama.


Dalam perjalanan, Ecah sangat teruja apabila ramai orang dalam kereta (tambah atuk dan nenek sahaja) dan mula tunjuk aksi ke depan dan belakang kereta. Oleh kerana jalan agak sesak pada hujung minggu, perjalanan menjadi lebih lama untuk sampai ke rumah ipar Sop.

Oleh kerana bosan, Ecah mula lepak di tempat duduk hadapan, kemudian ke tengah dan ke belakang. Bukan main seronok dia panjat kerusi kereta untuk melangkah ke depan dan belakang. Setelah beberapa kali ke depan dan belakang tiba-tiba tersilap langkah, Ecah tersungkur pada kerusi. Kesannya ialah lebam bawah mata akibat terhantuk pada sesuatu yang keras. Itupun Mrs Sop telah cuba pegang ketika Ecah jatuh. Nasib baik tidak terkena pada biji mata. Jika tidak lain pula ceritanya.

Selepas kena, menangis kuatlah Ecah kerana sakit. Boleh beza cara Ecah menangis apabila sakit sikit dengan sangat sakit. Kali ini memang sangat sakit kerana sukar untuk pujuk supaya berhenti menangis.

Apabila sampai di rumah ipar, baru Sop dapat lihat kesan jatuh tersebut. Kelihatan teruk juga kesannya. Memang sakit betul jika lebam sebegitu.

Ini dijadikan iktibar kepada kami untuk memastikan Ecah tidak lagi memanjat atau melangkah ke depan atau ke belakang. Berikut kesan lebam setelah 2 hari :)

Latest
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
mamapp
AUTHOR
25 July, 2017 07:51 delete

Alahai kesiannya ecah. Semoga takde apa2 lah Mata Tu..

Reply
avatar
25 July, 2017 12:36 delete

Alhamdulillah dah sembuh mamapp :)

Reply
avatar