21 May 2017

Termasya Sukan SK Taman Seri Rampai 2017

Selamat sejahtera kepada semua.

Pada hari Ahad lepas, telah berlangsung termasya Sukan SK Taman Seri Rampai 2017 yang ke 23 di Kompleks Sukan MSN Setiawangsa bermula jam 8.00 pagi.

Kami sekeluarga telah tiba di MSN Setiawangsa pada jam 7.30 pagi. Untuk sukan kali ini, Auni Awatif akan menyertai acara Pra Sekolah iaitu sukaneka dan larian 60 meter. Azwar pula menyertai perbarisan rumah sukan beliau.

Acara telah bermula apabila ketibaan tetamu kehormat iaitu Dato' Ahmad Fauzi Zahari, Ahli Parlimen Setiawangsa diiringi Penaung PIBG, YDP PIBG dan guru besar SKTSR pada jam 9.00 pagi. Kemudian rumah sukan mula berbaris memasuki padang dengan tema flora dan fauna.

Selesai nyanyian lagu negaraku, acara diteruskan dengan bacaan ikrar kejohanan sukan oleh murid-murid. Majlis diteruskan dengan bacaan doa, ucapan alu-aluan oleh guru besar dan kemudian ucapan perasmian oleh Dato' Ahmad Fauzi Zahari. Acara diteruskan dengan persembahan oleh pemain ragbi SKTSR dan ahli taekwendo SKTSR.

Sebelum acara sukan berlangsung, majlis penyampaian hadiah telah diadakan bagi penyampaian hadiah acara yang berlangsung awal di sekolah seperti acara padang dan sebagainya.

Kebanyakan acara yang berlangsung pada hari tersebut merupakan acara akhir yang mana saringan telah dilakukan di sekolah termasuk acara untuk pra sekolah.

Auni telah mendapat tempat kedua bagi acara sukaneka berkumpulan dan tempat keempat bagi acara 60 meter. Sekurang-kurangnya dapat satu medal untuk Auni bagi tahun ini :)

Setelah acara Auni selesai, kami terus pulang walaupun Termasya Sukan SKTSR belum lagi selesai :)

Tahniah kepada pihak SKTSR yang berjaya menganjurkan sukan di MSN Setiawangsa. Sesuatu kelainan tahun ini apabila acara sukan berlangsung di luar sekolah. Ada pro dan kontra apabila buat di luar sekolah tetapi apa yang penting kejohanan sukan berlangsung dengan jayanya.

Galeri gambar:

2 comments:

  1. Tahniah auni. Wah sukan sekolah dah macam sukan sea. Gambar cantik mcm kt oversea

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon