Tayar kereta merekah

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Tayar merupakan elemen penting pada keselamatan kenderaan. Untuk itu, adalah penting memastikan keadaan tayar dalam keadaan baik. Pemantauan bunga dan angin tayar perlu dilakukan dari masa ke semasa untuk memastikan tahap keselamatan kenderaan berada ditahap maksima.

Baru-baru ini tayar kereta Sop telah pancit ketika hendak hantar anak-anak ke sekolah. Pagi tersebut terpaksa hantar anak-anak menggunakan motosikal. Dua kali jugalah kena mengangkut apabila menggunakan motosikal. Selesai menghantar anak-anak ke sekolah barulah operasi selesaikan masalah tayar bermula.

Memang cuti terus kerja pada hari tersebut kerana proses selesaikan tayar kereta pasti lama. Pertamanya hendak selesaikan masalah skru tayar kereta yang tidak sesuai untuk kegunaan spana biasa. Sebelum ini telah kesan skru yang digunakan sekarang ini tidak sesuai dengan spana biasa namun tidak berkesempatan untuk tukar lagi. Sekali hendak ke kedai tayar bolehlah tukar terus.

Untuk ke kedai tayar, Sop perlu pam tayar kereta dahulu. Dekat rumah memang ada pam yang dibeli untuk kegunaan pam tayar basikal. Nasib baik tayar jenis bocor kecil yang mana angin tidak terlalu laju keluar. Sekali pam boleh bertahan untuk sampai ke kedai tayar.

Apabila diperiksa, terdapat skru yang melekat pada tayar kereta yang menyebabkan tayar keteta bocor. Sop minta membuat tampalan dalam pada tayar tersebut. Ketika pomen hendak buka tayar daripada rim, masalah lain pula yang dijumpai iaitu tayar telah merekah di sisi dalam. Jika tidak dibuka tayar tersebut pasti tidak tahu tayar kereta telah merekah.

Nampaknya tayar tersebut tidak selamat untuk digunakan lagi. Jika tukar, perlu tukar sepasang! Untuk menjimatkan, tayar hadapan yang agak kurang bunganya boleh letak belakang dan tayar baru diletak di hadapan. Itu cadangan pomen kepada kami.

Ketika buka tayar hadapan untuk dipindahkan, sekali lagi kami dikejutkan dengan tayar hadapan juga mengalami masalah yang sama iaitu merekah disisi dalam juga! Bermula dengan pancit satu tayar sahaja tetapi akhirnya keempat-empat tayar perlu diganti! Nak atau tak nak kena juga ganti kerana melibatkan keselamatan. Tayar merekah begitu bila-bila masa boleh pecah atau pancit. Bayangkan jika pecah dalam perjalanan jauh atau ketika balik kampung.

Selain menukar tayar, Sop juga perlu menukar semua skru yang dipakai sebelum ini kerana saiz tidak sesuai dengan spanar kereta. Jika di bengkel mungkin banyak spanar yang ada boleh guna tetapi dalam kereta hanya 1 sahaja. Bagaimana jika pancit di jalan tentu tidak dapat dibuka untuk diganti dengan tayar gantian kan?

Setengah hari juga terpaksa berada di kedai tayar untuk selesaikan masalah yang berpunca daripada pancit sahaja tersebut. Selesai tukar tayar kena tunggu dapat percuma basuh kereta pula. Huhuhu

Walaupun banyak juga tiba-tiba habis duit untuk selesaikan masalah tayar tersebut namun kami bersyukur kerana ia dapat mengelakkan perkara lebih buruk daripada berlaku. Contohnya jika pancit di lebuhraya ketika balik kampung atau sebagainya pasti lebih sukar keadaan kami. Tayar yang merekah juga sangat berbahaya jika perjalanan jauh dan panas! Sekurang-kurangnya balik kampung ketika raya nanti kami lebih yakin dengan kereta kami :)

Anda pernah mengalami masalah tayar merekah?

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
mamapp
AUTHOR
26 May, 2017 07:13 delete

Kenapa ye boleh merekah mcm Tu. Takpelah nnti raya sop lagi confident dgn tayar yg dh tukar Tu kan

Reply
avatar
26 May, 2017 16:36 delete

tak pasti mungkin sebab hujan panas kot. huhuhu

Reply
avatar