22 May 2017

Fidget Spinner Azfar dan Azwar

Selamat sejahtera kepada semua.

Fidget Spinner telah menjadi trend bukan dikalangan kanak-kanak sahaja tetapi dari kalangan orang dewasa juga. Kebanjiran penjualan fidget spinner ini boleh kelihatan di merata-rata dari pasar malam hingga pasar raya dan jualan online dari Lazada hingga ke Instagram.

Azfar dan Azwar tidak lari dari mengikuti trend ini! Awal-awal diperkenalkan tentang fidget spinner ini oleh Azfar dan Azwar agak 'blur' juga apa fungsinya permainan ini. Namun apabila lihat di Youtube atau Facebook baru faham sikit banyak apa fungsinya. Banyak ke fungsinya? Huhuhu

Berdasarkan pemerhatian Sop, fidget spinner ini hanyalah permainan trend yang menjadi ikutan sahaja. Tiada kelebihan yang boleh menjadikan kanak-kanak ketagih atau fokus sehingga lupakan perkara lain. Azfar dan Azwar hanya bermain untuk berlatih skill yang sesuai dan apabila bersama-sama rakan. Tidak seperti permainan video yang menyebabkan kanak-kanak lebih ketagih dan hilang tumpuan terhadap perkara lain.

Terdapat banyak jenis fidget spinner ini di pasaran. Harga berbeza berdasarkan kualiti dan material yang digunakan dan biasany bermula dari RM5 hingga RM50! Kanak-kanak akan cenderung mendapatkan pelbagai jenis bentuk untuk sebagai koleksi. Perkara ini perlu dikawal untuk mengelak pembaziran!

Anak anda ada fidget spinner juga?

4 comments:

  1. Semakin diminati...bila ke pasar malam..sudah banyak gerai dibuka khas menjual fidget spinner sahaja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah, tengah trend hangat, ramai yg ambil kesempatan berniaga :)

      Delete
  2. Apa yg bahayanya permainan ni ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahaya jika ada anak2 beli bentuk spinner yang tajam
      kalau bentuk biasa rasa xda benda yg bahaya. bahaya lagi gasing.. huhuhu

      Delete


EmoticonEmoticon