EduRiders@KL di Minggu Pendidikan Khas SKTM2

Selamat sejahtera kepada semua.

EduRiders@KL di Minggu Pendidikan Khas SKTM2

Pada Khamis lepas, Sop berkesempatan menyertai kelab permotoran EduRiders@KL ke Program Pendidikan Khas SK Taman Midah 2. Pihak sekolah telah menjemput EduRiders@KL untuk meraikan murid-murid Pendidikan Khas disamping memeriahkan program tersebut. Seramai 12 orang ahli EduRiders@KL telah hadir ke program tersebut.

EduRiders@KL di Minggu Pendidikan Khas SKTM2

Pada program tersebut, taklimat ringkas telah diberikan kepada guru-guru dan murid mengenai Eduriders@KL oleh pengerusi kelab. Kemudian murid-murid Pendidikan Khas dibawa menaiki motosikal mengelilingi sekolah. Jelas kelihatan kegembiraan murid-murid berkenaan kerana berpeluang naik ke motosikal berkuasa tinggi. Walaupun hanya dapat meronda di sekitar sekolah, Sop percaya pengalaman tersebut pasti satu kenangan yang manis. Tidak semua pernah merasai pengalaman menaiki motosikal berkuasa tinggi bukan?

EduRiders@KL di Minggu Pendidikan Khas SKTM2

Selesai aktiviti menunggang bersama murid pendidikan khas dan murid pra sekolah, ahli EduRiders@KL turut bersama sekolah meraikan Majlis Penutup Minggu Pendidikan Khas SK Taman Midah 2 yang disempurnakan oleh Kerua Sektor Pendidikan Swasta Dan Pendidikan Khas JPWPKL. Ahli EduRiders@KL yang hadir telah diberikan sijil dan cenderamata oleh pihak sekolah. Selesai majlis, kami telah dijamu dengan makan tengah hari.

EduRiders@KL di Minggu Pendidikan Khas SKTM2

Terima kasih diucapkan kepada pihak SK Taman Midah 2 yang telah menjemput EduRiders@KL. Tidak banyak sumbangan kami tetapi diharapkan kehadiran EduRiders@KL dapat menceriakan murid-murid Pendidikan Khas.

Previous
Next Post »