08 February 2017

Selamat hari lahir Azfar dan Azwar

Selamat sejahtera kepada semua.

Pada 27 Januari tahun ini merupakan ulang tahun kelahiran Azfar yang ke 11 manakala pada 13 Februari adalah ulang tahun kelahiran Azwar yang ke 10. Selamat Hari Lahir papa ucapkan kepada Azfar dan Azwar. Semoga Azfar dan Azwar terus membesar menjadi anak kebanggaan Papa dan Mama.

Agak jarang Sop beri hadiah kepada anak-anak pada hari lahir  kerana bukan budaya kami sekeluarga. Hadiah diberikan mengikut keperluan dan biasanya kami akan belikan hadiah apabila cemerlang dalam akademik untuk beri galakkan untuk rajin belajar.


Untuk kali ini, Sop telah hadiahkan sebuah jam pintar kepada Azfar dan Azwar untuk menggantikan jam mereka yang telah rosak. Jam pintar atau Smart Watch ketika ini telah murah terutama produk dari China. Mula-mula keluaran jam pintar dulu memang mahal walaupun produk dari China.

Azfar dan Azwar sangat gembira apabila mendapat jam pintar tersebut. Mereka memang tidak sangka akan mendapat hadiah tersebut pada mula-mula Sop tunjukkan jam tersebut. Mungkin mereka beranggapan jam tersebut untuk kegunaan Sop sendiri.


Walaupun murah namun jam pintar tersebut mempunyai pelbagai fungsi seperti untuk panggilan telefon (perlukan simcard), kamera, audio player, radio dan pelbagai aplikasi lain. Spesifikasi penuh, sila rujuk smart watch model DZ09.

3 comments:


EmoticonEmoticon