Photobook kedua - Album Seoul, Korea

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Pernah membuat photobook?
Ini merupakan photobook kami yang kedua. Sebelum ini, Sop pernah membuat photobook untuk Album Memori Aidilfitri 2016. Memang menarik memiliki photobook ini kerana sekarang ini kita agak jarang melihat gambar sendiri secara hard copy. Kebanyakan kita akan simpan secara softcopy sahaja dalam laptop, telefon malah dilaman sosial.

Baru-baru ini Sop mendapat tawaran photobook percuma daripada Photobook Malaysia yang dihantar melalui newsletter emel untuk photobook 6"x6" softcopy. Peluang ini digunakan untuk mencetak photobook bagi album pelancongan kami ke Korea tempoh hari. Malah ini merupakan pengalaman pertama menggunakan perkhidmatan Photobook Malaysia. Oleh itu, Sop boleh melihat perbandingan denga. syarikat photobook sebelum ini.

Setelah mendapat tawaran voucher percuma tersebut, Sop terus membuat photobook secara online. Untuk makluman, pengguna boleh membuat photobook secara offline dan juga online. Jika secara offline, kita perlu memasang aplikasi photobook editor pada komputer dan memuat turun template yang kita inginkan. Jika secara online, kita terus boleh memilih template dan membuat photobook melalui website beliau. Daftar dan terus boleh bina photobook anda. Namun begitu, internet perlulah baik kerana proses memerlukan kita muatnaik gambar ke sistem.

Oleh kerana Sop telah ada pengalaman membuat photobook sebelum ini, proses membuat photobook kali ini lebih lancar. Sistem photobook yang digunakan adalah sama sahaja walaupun dari syararikat yang berlainan.


Selesai proses membina photobook, Sop terus hantar dan membuat bayaran melalui sistemnya. Harga sebenar photobook tersebut ialah RM78 + RM8 untuk bayaran pos. Namun selepas memasukkan voucher, harga RM78 ditolak dan hanya dikenakan bayaran pos sahaja.

Selesai membuat bayaran, sistem akan terus menghantar maklumat pembayaran dan diberikan nombor pesanan. Selepas 2 hari Sop mendapat emel yang photobook Sop telah diproses dan hari ketiga Sop sekali lagi mendapat emel tentang nombor rujukan pos. Hari keempat, photobook telah dihantar ke rumah dan Sop telah menerimanya. 

Photobook yang diterima sangat memuaskan. Kualiti sangat baik dan cantik. Memang berbaloi buat photobook ini. Selelepas ini, bolehlah kami buat lagi untuk album-album yang lain pula untuk dijadikan koleksi. Jika softcopy hilang atau rosak, sekurang-kurangnya kami ada ganbar yabg tekah dicetak :)


Previous
Next Post »