Melancong ke Seoul, Korea - Hari 5

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Aktiviti melancong kami ke Seoul, Korea diteruskan lagi dengan hari kelima. Untuk hari ini pula, kami juga merancang untuk berjalan di sekitar Seoul yang menjadi tumpuan pelancongan.


Cuaca hari ini tidak bersalji dan suhu tidak sampai tahap negetif namun masih berada ditahap satu digit sahaja. Destinasi pertama kami ialah  ke Ewha Woman University. Tarikan utama Ewha Woman University ini ialah design bangunannya yang unik. Semasa menuju ke Ewha Woman University, hujan mula turun. Ramai pula orang hari tersebut kerana terdapat pendaftaran pelajar baru. Namun kerana hari hujan, kami tidak dapat meronda di sekitar Ewha Woman University tersebut.


Kami seterusnya singgah di Dongdaemun Design Plaza untuk melihat keunikan bangunan tersebut dengan lebih dekat. Memang menarik dan unik!


Kami kemudiannya menuju ke Lotte Mall untuk mendapatkan baju Hard Rock. Lotte Mall memang besar dan terdapat sekali dengan taman tema. Ia lebih kurang seperti Sunway Pyramid jika di Malaysia. Semasa perancangan ke Korea, kami perlu memilih salah satu taman tema sahaja untuk masuk. Jika masuk kedua-duanya memang parah kos percutian kami :)


Selesai urusan di Hard Rock Cafe, kami beransur ke destinasi seterusnya iaitu Dongdaemon untuk merasai keenakan seafood yang sering dilawati oleh pelancong Malaysia.  Rasanya restoran ini memang tumpuan pelancong Melayu kerana hinggakan pekerja restoran tersebut pun boleh bercakap Bahasa Melayu sedikit-sedikit. Boleh terus order dengan sebut sotong, tenggiri dan sebagainya. Ketika kami sampai ada pelancong Malaysia sedang makan. Kemudiannya ada lagi kumpulan pelancong Malaysia yang datang. Memang terkenal kedai ini dengan pelancong Malaysia. Huhuhu. Ikan bakar di sini sangat sedap dan segar. Memang berbaloi kami berjalan jauh dan turun naik train untuk sampai ke kedai ini.


Selesai makan, kami melalui Cheonggyecheon Stream yang juga merupakan tarikan pelancongan Seoul, Korea. Permandangannya menarik walaupun keadaan agak malap di sungai tersebut.


Destinasi terakhir yang kami pergi ialah Insadong Cultural Street untuk mendapatkan barang-barang cenderamata. Oleh kerana kami sampai telah malam, tidak ramai pengunjung di kawasan tersebut. Ia juga tidak semeriah di Namdaemun Market. Selesai membeli sedikit barang dan melihat sekitar kawasan Insadong Cultural Street, kami beransur pulang.

Balik ke penginapan, kami berkemas barang-barang kerana awal pagi esok kami akan bergerak ke lapangan terbang. Rasanya sekejab pula berada di Korea. Huhuhu

Galeri gambar:







Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
16 January, 2017 08:45 delete

berapa ek kos keseluruhan utk 5 hari ni? teringin gak nak bawa anak2 ke sana this year

Reply
avatar
16 January, 2017 09:29 delete

Kos dalam 10k juga untuk kami sekeluarga 6 orang :)
Tp byr secara berperingkat x rasa sgt
Contoh beli tiket awal tahun
Pastu tgh tahun byr utk penginapan
Kemudian simpan utk belanja dan makan minum. Huhuhu

Reply
avatar