Pengalaman pertama Auni bermain belon buih sabun besar

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Permainan belon buih sabun pasti digemari kanak-kanak. Sop dulu masa kecil main buih sabun menggunakan buluh Cina atau straw air minuman.

Sekarang ini, buih belon besar ini banyak ada dijadikan bisnes dengan menyewa peralatan belon buih sabun tersebut di kawasan-kawasan rekreasi. Terdapat banyak jenis alat belon sabun yang disediakan. Banyak kali juga Sop jumpa tetapi belum pernah bagi peluang Auni bermain.

Baru-baru ini, terdapat Karnival di SK Taman Seri Rampai. Terdapat banyak permainan dan jualan yang disediakan oleh pihak sekolah. Azfar dan Azwar hampir keseluruhan permainan telah dicubanya. Berbeza dengan Auni, hanya permainan belon sahaja yang lebih sesuai.

Pada kali pertama menyewa permainan belon buih sabun, Amani telah tumpahkan semua air sabun. Kali kedua baru dapat Auni bermain sepenuhnya tanpa gangguan Amani. Huhuhu

Kelihatan Auni seronok sekali bermain belon buih sabun tersebut kerana saiz yang agak besar berbeza dengan belon buih sabun sebelum ini beliau bermain. Kebetulan ada juga rakan yang sebaya Auni turut bermain bersama.

Galeri gambar:



Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
14 October, 2016 20:47 delete

Seronok Auni ye.. Nad yang dah 22 tahun ni pun tak pernah lagi main belon sabun tu hahha.

Reply
avatar