Karnival Usahawan Pendidikan Khas JPWPKL 2016

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Karnival Usahawan Pendidikan Khas JPWPKL 2016

Pada 28 September 2016 (Rabu) telah berlangsung Karnival Usahawan Pendidikan Khas Peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016 di ruang parkir kenderaan AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur. Karnival yang telah bermula jam 8.00 pagi itu terdiri daripada beberapa aktiviti seperti berikut:
- gerai jualan
- pertandingan mewarna
- pertandingan solekan
- pertandingan hias kek
- pertandingan buat bunga paha
- pertandingan ukir buah
- pertandingan sirih junjung
- pertandingan nyanyian
- pertandingan pakaian beragam

Majlis perasmian karnival telah disempurnakan oleh YB Dato' Ahmad Fauzi Hj. Zahari, Ahli Parlimen Setiawangsa pada jam 11.00 pagi. Selain itu, Pegawai-pegawai pengurusan JPWPKL turut hadir dalam majlis perasmian karnival tersebut iaitu Pengarah Pendidikan, Timbalan Pendidikan, Ketua Sektor dan lain-lain.

Antara objektif karnival ini ialah memberi pendedahan kepada murid Pendidikan Khas dalam dunia usahawan. Pendidikan tidak hanya berlangsung di bilik darjah. Banyak pengalaman dan pendidikan yang boleh ditimba apabila murid menyertai karnival ini.

Karnival ini telah berlangsung dengan meriahnya dengan kehadiran ramai pengunjung yang terdiri daripada IbuBapa, murid-murid dan guru-guru. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan karnival tersebut.

Galeri gambar:

Karnival Usahawan Pendidikan Khas JPWPKL 2016Karnival Usahawan Pendidikan Khas JPWPKL 2016Karnival Usahawan Pendidikan Khas JPWPKL 2016Karnival Usahawan Pendidikan Khas JPWPKL 2016Karnival Usahawan Pendidikan Khas JPWPKL 2016Karnival Usahawan Pendidikan Khas JPWPKL 2016Karnival Usahawan Pendidikan Khas JPWPKL 2016Karnival Usahawan Pendidikan Khas JPWPKL 2016Karnival Usahawan Pendidikan Khas JPWPKL 2016Karnival Usahawan Pendidikan Khas JPWPKL 2016

Untuk galeri penuh gambar, sila layari laman Facebook - Pendidikan Khas Kuala Lumpur
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
05 October, 2016 13:57 delete

kalau buat hari cuti, bleh gi memeriahkan sekali =)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
06 October, 2016 12:20 delete

betul tp kalau hari cuti murid pula bermasalah untuk hadir nanti :)

Reply
avatar