Amani ada mainan baru pula

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Setiap kanak-kanak mempunyai kreativiti tersendiri. Biasanya apa yang dia lihat dan belajar dari persekitaran akan digunakan dalam aktiviti seharian.

Sebelum ini, Amani jika jumpa kotak akan mula untuk masuk dan duduk di dalamnya. Ini mungkin kerana melihat perbuatan kakak Auni yang menjadikan kotak tersebut sebagai kereta. Amani mula belajar membuat perkara yang sama dan menganggap kotak tersebut sebagai kereta. Huhuhu

Semenjak Amani boleh berjalan, setiap hari semakin aktif. Semakin besar semakin ligat. Kabinet dapur telah terpaksa Sop ikat untuk mengelak daripada Amani memunggah. Banyak barang dan peralatan yang menarik perhatian Amani untuk bermain. Memang boleh habis Amani keluarkan daripada kabinet tersebut.

Malam tadi, Amani jumpa sesuatu yang baru iaitu bekas plastik yang kami gunakan untuk menyimpan beras. Oleh kerana beras telah habis, laju sahaja Amani ambil dan jadikan alat untuk bermain. Tidak sangka Amani berjaya masuk ke dalam bekas tersebut. Ada-ada sahaja Amani!!

Seronok pula nampaknya dapat duduk dalam bekas tersebut. Kakak Auni pula laju sahaja menolak bekas tersebut dan bertindak sebagai kereta. Aduh! Sabar sahajalah :)

Nampaknya semakin banyak sel-sel otak telah berhubung. Huhuhu

Anda pernah buat perkara ini semasa kecil? Ce ngaku :)

Galeri gambar:


Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
Maman Reen
AUTHOR
17 August, 2016 23:50 delete

Hahaaaaa sangat comel! Muat ya Amani duduk dalam box tu.

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
18 August, 2016 12:49 delete

elok je muat ngam2.. hahaha

Reply
avatar