Amani Aisyah kena chicken pox

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


"an infectious disease causing a mild fever and a rash of itchy inflamed blisters. It is caused by the herpes zoster virus and mainly affects children, who are afterward usually immune."

Pada Selasa lepas, Amani telah demam. Pada mulanya kami ingatkan demam biasa namun pada keesokannya tanda-tanda chicken pox mula keluar. Mulanya hanya satu dua sahaja tetapi pada hari berikutnya mula keluar lebih banyak.


Ketika itu, Amani mula tidak selesa dan sentiasa mengamuk. Tidur pun tidak lena dan sering terjaga-jaga. Demam juga kadang-kadang agak tinggi. Kami telah membawa Amani ke klinik untuk mendapatkan ubat yang berkaitan seperti ubat demam, ubat gatal dan ubat sapu.

Pada hari keempat, kelihatan chicken pox semakin banyak memenuhi muka, badan dan kepala. Apa yang boleh kami lakukan hanya sapu ubat dan pastikan demam dijaga supaya tidak terlalu panas. Susu pun agak sukar untuk Amani minum mungkin kerana ada keluar juga dalam mulut. 

Namun selepas itu, kelihatan chicken pox semakin mengering. Tidak kelihatan tanda-tanda baru dan mungkin telah keluar keseluruhan. Demam masih berterusan dan kadang-kadang bila kebah Amani mula cergas sedikit.



Pada hari ini, kelihatan chicken pox mula kehitaman kerana luka semakin kering. Agak teruk juga chicken pox yang naik dibadan Amani.

Semoga Amani cepat sembuh dan dapat beraya dengan selesa. Walaupun muka dan badan akan dipenuhi parut namun yang penting Amani selesa dan tidak lagi demam. Amin


Previous
Next Post »