12 May 2016

Projek DIY ais krim Malaysia

Selamat sejahtera kepada semua rakan.



Sejak kebelakangan ini, ais krim Malaysia kelihatan kembali popular. Kawasan rumah terdapat yang menjual ais krim Malaysia dan anak-anak kelihatan agak gemar dengan ais krim tersebut hingga tiap-tiap hari beli. Kadang-kadang beli sehingga beberapa batang seorang. Bagi ais krim Malaysia biasa harga ialah 30 sen manakala bagi perisa coki-coki ialah 50 sen.

Jika betul-betul hendak makan, baik buat sendiri ais krim Malaysia kerana lebih berbaloi dan boleh makan sepuas-puasnya. Tidak susah pun hendak membuatnya :) Kos juga lebih jimat berbanding beli sebatang-sebatang.

Bagi yang ingin membuat juga tetapi tidak pasti cara membuatnya, boleh ikuti langkah berikut:

Sediakan peralatan seperti plastik ais krim Malaysia, susu pekat 1 tin, susu cair 1 tin, jeli atau coki-coki.

Pertamanya panaskan campuran susu pekat, susu cair dan air kosong sebanyak 4 sukatan tin susu. Setelah sebati, sejukkan susu tersebut.

Kemudian masukkan Jeli atau coki-coki ke dalam plastik ais krim Malaysia. Jeli kami potong 2 dan masukkan sebanyak 6 ketul untuk setiap plastik. Bagi ais krim coki-coki kami guna sebatang coki-coki bagi setiap plastik. Seterusnya masukkan air susu kedalam plastik dan ikat.

Setelah selesai, bekukan ais krim tersebut di dalam peti ais. Tunggu keras dan sedia untuk dimakan.

Sekarang ini, tiap-tiap hari boleh makan ais krim Malaysia. Memang sedap ketika cuaca panas sekarang ini perkena ais krim Malaysia.

Anda suka ais krim Malaysia?

Galeri gambar:

8 comments:

  1. Haa, buat sendiri lg puas makan, lg jimat.
    Ank kecik lg, xreti lg mkn aiskrim Malaysia.
    Skg ni buat aiskrim tupperware mcm Neapolitan tu je, guna susu cair jgk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg tupperware x pernah buat lagi
      Boleh try juga la nanti. Terima kasih atas perkongsian tersebut :)

      Delete
  2. memang kreatif orang malaysia ni bab2 manis

    ReplyDelete
    Replies
    1. org malaysia bab makan mesti kreatif :) huhuhu

      Delete
  3. uissshhh y look so sedap eskerim tuuu...menarik betul

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon