Hari Sukan Tahunan Tadika Adik-Adik 2016

Selamat sejahtera kepada semua.


Hari ini telah berlangsung acara Sukan Tahunan Tadika Adik-Adik. Auni merupakan murid tadika tersebut dan terlibat dengan acara sukan yang diadakan.

Sukan Tahunan Tadika Adik-Adik telah diadakan di dewan MSN Seksyen 5. Sesi pendaftaran bermula pada jam 8.30 pagi dan acara bermula pada jam 8.30 pagi.

Acara telah dimulakan dengan perbarisan masuk semua peserta dan nyanyian lagu negaraku. Kemudian diteruskan dengan ucapan 3 orang murid dengan 3 bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Sebelum acara sukaneka bermula, murid-murid menyanyikan lagu tema sukan.

Acara sukan yang diadakan adalah berbentuk sukaneka. Semua murid yang terlibat dipecahkan kepada kumpulan rumah kuning, merah, hujau dan biru. Auni berada dalam rumah sukan hijau dan bermain acara memasukkan bentuk ke dalam tali. Acara nampak mudah tetapi tidak bagi murid tadika. Huhuhu

Kumpulan Auni tidak berjaya mendapat nombor pertama namun mereka tidak kisah pun kerana yang penting mendapat hadiah. Semua murid mendapat hadiah iaitu tempat pertama hingga ke keempat.

Tahniah kami ucapkan tahniah kepada Tadika Adik-Adik yang berjaya mengadakan sukan tahun ini.

Galeri gambar:




Previous
Next Post »