Pengalaman pertama Auni naik kuda

Selamat Sejahtera kepada semua rakan.

Pengalaman pertama pasti menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan. Keterujaan juga berbeza berbanding dengan pengalaman yang seterusnya.

Pada cuti sekolah yang lepas, kami telah bercuti ke Port Dickson. Percutian ringkas dan tanpa perancangan awal. Buat keputusan akhir dan terus buat tempahan hotel.

Semasa di Port Dickson, kami sempat ke Pantai Teluk Kemang dan ketika itu Auni dapat menunggang kuda. Pada asalnya Sop jangkakan Auni akan takut untuk menerima pelawaan naik kuda. Rupanya sangkaan Sop silap, Auni telah besar dan berani mencuba sesuatu yang baru.

Kos bagi satu pusingan tunggangan ialah Rm10 bagi kanak-kanak. Walaupun nampak cuak muka Auni tetapi beliau berjaya menghabiskan pusingan tunggangan tersebut.

Menunggang kuda merupakan terapi yang baik untuk menguji keberanian dan kawalan duduk semasa di atas kuda. Bagi anak yang berani, eloklah bagi anak cuba tunggang kuda.

Sop rasanya belum pernah tunggang kuda. Kuda besi selalulah tunggang. Untung anak-anak sekarang. Huhuhu

Previous
Next Post »