Berada di A'Famosa Resort Melaka

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Ini merupakan kali kedua Sop menginap di A'Famosa Resort Melaka. Sebelum ini, Sop menginap jenis hotel di A'Famosa Resort Melaka dan kali ini jenis penginapan adalah berbentuk apartment pula. Untuk makluman, terdapat 3 jenis penginapan di A'Famosa Resort Melaka ini iaitu jenis hotel, apartment dan chelet.

Penginapan jenis apartment berbentuk 3 bilik dan mempunyai kemudahan seperti rumah iaitu ruang dapur, ruang makan dan ruang tamu. Bilik air ada 2 iaitu satu dibilik utama dan satu di tengah apartment.
Terdapat 3 blok apartment di A'Famosa Resort Melaka dan ditengahnya terdapat kolam renang untuk mandi-manda.

Seronok juga dapat menginap di apartment kerana ruang yang selesa, bersih dan pemandangan yang menarik.

Oleh kerana Sop berapa di A'Famosa Resort Melaka atas urusan kerja, memang tidak berkesempatan untuk pergi ke taman tema yang terdapat di situ. Tunggu cuti-cuti keluarga baru boleh cuba ke taman tema A'Famosa Resort Melaka.

Terbaru A'Famosa Freeduty Outlet telah dibuka sebelah A'Famosa Resort tetapi tidak kesempatan hendak pergi. Pertama ruang masa yang terhad dan keduanya kewangan yang sempit :)

Bagi yang hendak bercuti dan hanya lepak di sini memang sesuai sangat. Tetapi jika hantar hendak berjalan Melaka, memang agak jauh dari A'Famosa Resort ke bandar hilir. 

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
kamilsalleh 2
AUTHOR
08 January, 2016 11:48 delete

Banyak tempat menarik di Melaka. A'Farmosa salah satu tempay yang perlu dikunjungi. Terasa nak pergi bercuti satu kali bersama keluarga.

Jom kunjungi entri saya:
Pengalaman Bersama ONEXOX

Reply
avatar