Review Hotel Burmahtel, George Town, Pulau Pinang

Selamat sejahtera kepada semua rakan.


Dalam entry sebelum ini, Sop sekeluarga telah bercuti ke Pulau Pinang. Semasa percutian tersebut, kamijetlah menginap di Hotel Burmahtel yang terletak di George Town. Hotel Burmahtel, George Town, Pulau Pinang ini Sop jumpa melalui website Agoda.com.

Hotel Burmahtel, George Town, Pulau Pinang merupakan hotel bajet yang sesuai untuk percutian yang berjimat kerana harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Kami mencari bilik jenis famili yang boleh memuatkan 6 orang. Harga bilik famili Hotel Burmahtel, George Town, Pulau Pinang ialah RM159 bagi hujung minggu. Harga lebih rendah pada hari biasa (weekdays).

Berdasarkan view pengguna di Agoda.com, Hotel Burmahtel, George Town, Pulau Pinang mendapat ulasan yang baik. Bahagian luar hotel kelihatan buruk kerana bangunan lama tetapi keadaan dalam hotel sangat baik. Kelihatan pihak hotel sedang giat menaiktaraf bilik untuk keselesaan pengunjung. Walaupun Hotel Burmahtel, George Town, Pulau Pinang tidak kelihatan mewah tetapi keadaan bilik sangat bersih dan selesa.


Bilik famili Hotel Burmahtel, George Town, Pulau Pinang bersaiz agak besar dengan 2 katil bersaiz queen. Ia semua untuk famili Sop yang sedang membesar :)

Antara kemudahan lain yang disediakan di dalam bilik ialah peti ais mini, pemanas air minuman, TV 32" dengan siaran Astro, WiFi percuma dalam bilik dan water heater di bilik air. Dalam bilik disediakan 2 penghawa dingin untuk menampung bilik yang agak besar dan kipas syiling.

Sekitar hotel tiada tempat menarik tetapi kedudukannya tidak jauh dari pusat bandar. Untuk ke pusat bandar, kenderaan adalah diperlukan. Di hadapan hotel, terdapat kedai mamak dan stesyen minyak.

Hotel ini mengamalkan larangan merokok di bilik dan kawasan hotel. Denda RM50 akan dikenakan (potong deposit) jika dikesan :)

Hotel Burmahtel, George Town, Pulau Pinang ada menyediakan liff ke bilik. Namun diharap pihak hotel boleh menyediakan ram kerana dari lobi terdapat tangga untuk menuju ke liff. Bagi yang membawa stroller atau kerusi roda perlu angkat menaiki tangga tersebut.

Kepada yang ingin menginap di hotel bajet, Hotel Burmahtel, George Town, Pulau Pinang boleh dijadikan pilihan. Untuk maklumat lanjut mengenai Hotel Burmahtel, George Town, Pulau Pinang, sila layari burmahtel.com atau carian Agoda.com

Galeri gambar:







Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
16 November, 2015 13:43 delete

ooo di tgh bandar senang ler nak ke sana sini

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
16 November, 2015 16:08 delete

kira pinggir bandar la :)
kena ada trnaport juga baru sedap huhuhu

Reply
avatar