Auni masuk wad



Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Auni masih tidak berhenti muntah dan cirit untuk 2 hari. Pagi ini kami terus membawa Auni ke Gleneagles Ampang untuk rawatan lanjut.

Dari semalam kami bercadang untuk membawa ke hospital kerana susah 2 hari Auni tidak makan. Auni hanya minum tetapi akan muntah dan cirit selepas itu. Badan telah surut dan mata mula cengkung. Kami masih bertahan apabila Auni kekal hendak minum walaupun asyik muntah.

Awal pagi ini, kami terus bawa ke sini dan pemeriksaan awal mendapati Auni demam dan badan kekurangan air dan perlu dimasukkan air. Doktor minta dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

Sekarang tangan Auni telah dimasukkan air dan diberi makan beberapa jenis ubat seperti demam, cirit dan lain-lain. Sop sedang menunggu kelulusan insurans untuk dimasukkan ke wad.

Doakan agar Auni cepat sembuh yer. Terima kasih
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
PeRdU cINta
AUTHOR
30 August, 2015 11:21 delete

MasyaAllah kesian auni..moga selepas mendapat rawatan dengan izin Allah auni kembali sihat seperti sediakala ye..amin...amin...amin..

Reply
avatar