Ais krim kelapa Nutty Coco

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Ais krim kelapa Nutty Coco

Pernah makan ais krim kelapa Nutty Coco?
Sop baru pertama kali cuba ais krim kelapa Nutty Coco ini. Sebelum ini pernah makan ais krim kelapa tetapi buatan Sangkaya.

Ais krim kelapa sekarang ini semakin popular kerana keunikan rasanya. Rata-rata suka air kelapa muda bukan? Jika dijadikan ais krim, rasanya lebih menyegarkan.

Ais krim kelapa Nutty Coco

Sop telah mencuba ais krim kelapa Nutty Coco ini di pasaraya Wangsa Walk. Ia masih baru dibuka dan ramai juga yang turut mencuba keenakan ais krim kelapa ini.

Apa perbandingan antara ais krim kelapa Nutty Coco dengan Sangkaya?
Pandangan peribadi Sop, rasanya sama sahaja antara kedua-dua keluaran ais krim kelapa tersebut. Apa yang membezakannya ialah toping ais krim kelapa tersebut. Nutty Coco kelihatan menyediakan lebih banyak toping manakala Sangkaya lebih kepada pilihan saiz ais krimnya.

Nutty Coco menyediakan toping terus kepada pelanggan tetapi di Sangkaya, pengguna memilih dan meletak sendiri toping ais krim kelapa tersebut.

Ais krim kelapa Nutty Coco

Harga bagi kedua-duanya lebih kurang sahaja. Harga agak mahal tetapi berbaloi untuk merasainya. Selepas ini jika banyak yang mengeluarkan ais krim kelapa, mungkin harga akan lebih murah :)

Kepada yang suka dengan ais krim kelapa, jangan lepaskan peluang merasai ais krim kelapa Nutty Coco apabila ke Wangsa Walk.

Galeri gambar:

Ais krim kelapa Nutty Coco

Ais krim kelapa Nutty Coco

Ais krim kelapa Nutty Coco

Ais krim kelapa Nutty Coco

Ais krim kelapa Nutty Coco

Ais krim kelapa Nutty Coco

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Rexylla
AUTHOR
28 August, 2015 00:48 delete

tengok pun dah nampak menyelerakan.


jemput singgah ke blogshop kami.
kami menjual blouse, maxi dress & jubah yang cantik-cantik.
kami turut menjual perfume original (tester & miniature).

Reply
avatar