05 July 2015

Selesai bayar Zakat Fitrah tahun ini



Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Telah bayar zakat fitrah tahun ini?
Sop baru sahaja selesai membuat bayaran zakat fitrah untuk tahun ini di Masjid Wilayah selesai menunaikan solat Jumaat.

Untuk Kuala Lumpur bayaran zakat fitrah bagi tahun ini ialah RM7 seorang. Alhamdulillah tahun ini keluarga Sop telah bertambah dan jumlah untuk bayaran zakat fitrah ialah untuk 6 orang untuk diri Sop dan tanggungan.

Sekarang ini sangat mudah untuk membuat bayaran zakat fitrah kerana banyak pusat bayaran disediakan termasuk pusat membeli belah. Jika ada peluang, Sop biasanya akan terus buat bayaran zakat fitrah tersebut kerana jika tertangguh pasti akan menyukarkan diri sendiri nanti.

Kepada yang belum membuat bayaran zakat fitrah, bolehlah buat segera untuk mengelak dari terlupa :)

Selamat berpuasa kepada semua rakan.

2 comments:

  1. Alhamdulillah lapang hati bila dah dilunaskan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, selesai satu urusan :)

      Delete


EmoticonEmoticon