Jubah kanak-kanak untuk Auni

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Jubah menjadi fesyen terkini terutama untuk persiapan raya tahun ini. Kelihatan banyak jenama jubah keluaran pereka fesyen tempatan di pasaran.

Sop baru-baru ini mencari baju kurung tradisional untuk mak tetapi sangat sukar untuk jumpa yang menarik berbanding dengan jubah yang berlambak di pasaran dengan design yang menarik. Berbeza dengan sebelum ini, baju kurung yang banyak di pasaran apabila jualan persiapan Adilfitri.

Mrs Sop sendiri telah beli beberapa helai jubah untuk raya tahun ini. Tidak terlepas juga untuk Auni yang akan mengenakan jubah untuk raya tahun ini.

Jubah kanak-kanak juga terdapat pelbagai jenis fesyen untuk menjadi pilihan. Sambil mencari baju kurung untuk mak, mata terpandang jubah kanak-kanak sahaja
Memang menarik dan banyak pilihan. Untuk tahun ini, Auni telah berjaya mendapat 2 helai jubah.

Jubah sehelai lagi belum sempat untuk sesi bergambar. Tunggu raya nanti baru pakai ye :)

Anda minat dengan jubah juga?
Apa jenama pilihan jubah anda?






Previous
Next Post »