Diari Aidilfitri 2015

Selamat sejahtera dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan.

Bergambar di pagi Aidilfitri
Aidilfitri tahun ini merupakan giliran beraya di kampung Sop dahulu iaitu di Kuala Terengganu. Sejak berkahwin, kami akan bergilir-gilir beraya bermula dengan kampung Sop dan seterusnya bersama keluarga Mrs Sop. Walaupun keluarga Mrs Sop di Kuala Lumpur tetapi ketika raya kami akan kembali juga ke Perak iaitu rumah Opah Mrs Sop.

Kami telah pulang ke kampung pada hari Rabu lepas yang mana perjalanan bermula selepas Subuh. Secara rasminya kami mula bertolak pada jam 6.30 pagi. Walaupun awal pagi, kenderaan telah mula banyak menyusuri lebuhraya sehingga Tol Bentong. Selepas memasukan LPT, perjalanan kami mula lancar kerana pengguna balik ke Kelantan dan Terengganu/Pahang berpecah di Bentong.

Ini merupakan kali pertama kami tiba awal di Kuala Terengganu iaitu jam 1.00 petang. Sebelum ini biasanya kami akan sampai ke kampung Sop jam 4 atau 5 petang. Ini kerana kami telah bertolak awal dan tidak banyak hentian yang kami herhenti. Malah, LPT2 sangat membantu melancarkan perjalanan balik ke kampung.

Kami sempat berbuka puasa selama 2 hari di kampung sebelum menyambut hari raya Aidilfitri.

Baru balik dari masjid, sedia untuk beraya
Pada pagi Aidilfitri, kami telah bersarapan nasi minyak iaitu menu wajib keluarga Sop pada pagi raya. Selesai sarapan, kami bersiap ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Tahun ini, Auni telah ikut sekali ke masjid walaupun Mrs Sop tidak dapat ke masjid kerana menjaga Amani.

Selesai solat Aidilfitri, kami mula beraya bersama ahli keluarga di rumah sebelum tetamu lain datang.


Rumah Sop biasanya akan dihadiri oleh ramai sanak saudara pada awal pagi kerana ayah dan mak Sop merupakan ahli keluarga yang tertua buat masa ini. Ramai adik beradik belah emak dan ayah akan hadir untuk beraya. Kemeriahan Aidilfitri dapat dirasai apabila ramai saudara mara datang beraya.

Pada pagi Aidilfitri, Sop agak kurang sihat kerana demam selsema. Ketika ini, memang ramai penduduk di kampung yang kurang sihat kerana cuaca agak kering dan panas. Ramai yang demam, selsema dan batuk.


Selepas Solat Jumaat, Sop masih berada di rumah kerana kurang selesa untuk keluar beraya. Nasib masih ramai saudara mara yang datang beraya di rumah. Suasana raya masih dirasai walaupun kurang sihat.

Pada hari raya kedua, baru Sop keluar beraya ke rumah saudara mara. Badan lebih segar berbanding semalam selepas makan ubat dan berehat. Kami sempat ke rumah kakak Sop dan beberapa rumah sanak saudara sehingga petang. Jika badan kurang sihat di hari raya, agak kurang mood beraya kan?

Gaya Auni di raya kedua
Itu sahaja diari Aidilftri untuk tahun ini kerana pada hari raya ketiga, kami mula fokus dengan aktiviti persiapan Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul Amani. Ikuti perjalanan majlis tersebut dalam entry seterusnya.

Galeri gambar:

Keluarga sepupu Sop yang datang beraya

Amani sesi beraya dengan To'ki

Auni beraya dengan Tok

Perlu ke kedai mencari ais

Antara sanak saudara yang hadir beraya

Beraya di rumah kak long Sop

Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
PeRdU cINta
AUTHOR
24 July, 2015 20:16 delete

Amboi auni..bukan main lagi comel awak ye..

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
26 July, 2015 01:43 delete

terima kasih @perdu cinta :)

Reply
avatar
mama ila
AUTHOR
06 August, 2015 11:03 delete

selamat hari raya sop & keluarga...lama tak singgah sini..

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
06 August, 2015 12:30 delete

terima kasih mama ila
selalu2 la singgah balik huhuh

Reply
avatar