Hadiah Hari Guru Azfar dan Azwar 2015

Selamat sejahtera kepada semua rakan.

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. Terima kasih Cikgu! Tema hari guru tahun ini ialah:

Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak 

Tema yang cukup mendalam dan semoga memberi semangat kepada semua guru untuk terus mendidik anak bangsa.

Seperti setiap tahun apabila sambutan Hari Guru, Azfar dan Azwar akan minta untuk belikan hadiah untuk diberikan kepada guru mereka. Memberi hadiah adalah sebahagian daripada cara untuk menghargai jasa guru. Walaupun nilai hadiah dengan sumbangan tidak terbanding tetapi sekurang-kurangnya ia dapat memupuk nilai menghargai jasa guru.



Sambutan Hari Guru peringkat SK Taman Seri Rampai akan diadakan esok. Azfar dan Azwar telah minta menyediakan hadiah kepada guru sejak hari minggu lagi. Namun hari ini baru kesempatan kami untuk mendapatkan hadiah yang sesuai.

Hadiah Hari Guru tahun ini kami telah beli 'stand' gambar untuk dimasukkan kad ucapan hari guru. Dengan sedikit 'editing' menggunakan photoshop, kad ucapan berjaya disiapkan. Namun begitu, hasil kurang memberangsangkan kerana ink mesin pencetak telah kehabisan. Kesannya ialah kad ucapan kurang terang.

Untuk tahun ini, Azfar dan Azwar memilih untuk memberikan kepada 3 orang guru sahaja. Jika ramai cikgu yang hendak diberi hadiah, parah juga kami nanti. Hahaha

Terima kasih cikgu dan Selamat Hari Guru!
Previous
Next Post »

8 comments

Write comments
Sop Nama Saya
AUTHOR
19 May, 2015 16:51 delete

terima kasih cik nor

Reply
avatar
Shida Radzuan
AUTHOR
20 May, 2015 03:22 delete

beri kepada guru yg dia suka..yg lain2 tu wish pon ok dah hehee :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
21 May, 2015 12:11 delete

betul tu shida
satu guru kelas, lg satu guru kegemaran :)

Reply
avatar
kucen master
AUTHOR
25 May, 2015 14:38 delete

seronok cikgu dia dapat hadiah.errr.. hadiah dari murid ke, bapak murid?hahaha.jgn marah sop.

http://kucenmaster.blogspot.com/

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
04 June, 2015 14:18 delete

terima kasih cikgu :)

Reply
avatar
Sop Nama Saya
AUTHOR
04 June, 2015 14:18 delete

bapak tukang beli jer :)
hashaha

Reply
avatar